ARSENAL CARI HARAPAN PIALA MENENTANG UNITED

Thursday, March 10, 2011

LONDON - ARSENAL akan cuba membuang segala kekecewaan selepas terkeluar dari saingan Liga Juara-juara pada hari Sabtu apabila mereka akan melawat Old Trafford untuk satu pertemuan suku akhir Piala FA dengan Manchester United.

Selepas menyatakan persediaan pasukannya pada bulan lepas untuk mencabar empat kejuaraan yang julung-julung kali berlaku, Arsene Wenger akan hanya tinggal satu kejuaraan iaitu Liga Perdana sekiranya mereka ditewaskan pada hari Sabtu.

Kekalahan yang mengejutkan dalam peringkat akhir Piala Liga ke atas Birmingham telah diikuti dengan kekalahan pada hari Selasa menentang masterclass Nou Camp di tangan Barcelona, di mana Gunners kalah 3-1 pada malam itu, 4-3 atas agregat.

Perasaan kecewa dan penuh dendam terhadap kekalahan itu tidak dapat menyembunyikan realiti yang Arsenal telah ditewaskan dengan mudah di dalam kedua-dua perlawanan, dan Wenger kini perlu menaikan semangat pasukannya segera untuk sebuah lagi tugasan di tempat lawan. Arsenal tidak menewaskan Manchester United dalam tiga tahun ini dan dalam pertemuan di Old Trafford pun mereka mempunyai rekod yang lebih buruk, sepanjang lima tahun sejak 2006.

Satu lagi kekalahan pada hari Sabtu, menentang pasukan Manchester United yang telah berhadapan dengan kekalahan berturut-turut kepada Chelsea dan Liverpool, dan keraguan akan keupayaan Arsenal dalam menghadapi permainan yang penuh dengan tekanan akan berlaku lagi.

Wenger telah berjanji untuk menyenaraikan barisan terkuat dalam pasukannya, dia percaya Arsenal amat memerlukan satu semangat rangsangan untuk mencapai kemenangan untuk memastikan pada baki musim ini mereka terus berada di landasan yang betul. 'Pada masa itu nanti kami memerlukan kemenangan yang besar, ia akan membantu kami kerana kita telah tewas dengan teruk baru-baru ini. Kami mengejar satu kemenangan seperti itu,' Wenger berkata pada minggu ini. -- AFP


(Sumber: http://www.straitstimes.com/)