FERGUSON: ARSENAL ANCAMAN TERBESAR UNITED MUSIM INI

Thursday, March 10, 2011
Oleh Rob Harris


LONDON — Pengurus Manchester United Alex Ferguson percaya Arsenal adalah ancaman terbesar pasukannya musim ini.

Walaupun Arsenal telah disingkirkan dari Liga Juara-Juara oleh Barcelona tanpa memberikan satu tentangan pun dalam perlawanan Selasa lepas, skuad the Gunners hanya tiga mata ketinggalan di belakang United dalam perlumbaan mengejar kejuaraan Liga Perdana dan mempunyai satu permainan dalam tangan.

United dan Arsenal turut bertemu dalam FA Cup suku akhir pada hari Sabtu nanti, dengan kedua-dua mencuba untuk segera bangkit dari keputusan teruk baru-baru ini. United mengalami kekalahan berturut-turut dalam persaingan liga kepada Chelsea dan Liverpool untuk menyekat kemaraan dalam Arsenal mencapai cita-cita, sementara skuad the Gunners juga kalah dalam peringkar akhir Piala Liga kepada Birmingham.

"Arsene Wenger dan pemain-pemainnya telah merombak kembali pasukan untuk datang menyerang dan memastikan mereka terus berada di tempat ke-2," kata Ferguson. "Musim lepas mereka merosot sekitar bulan Februari hingga Mac menyebabkan Chelsea dan pasukan kami ditinggalkan dalam satu persaingan yang melihat kami ditinggalkan dengan satu mata.

"Saya rasakan ramai spekulator melihat perkara yang sama akan berlaku pada musim ini, ditambah dengan cabaran dari Spurs and Manchester City membuat ia lebih sukar lagi untuk Arsenal kembali ke tangga teratas liga."

Tetapi itu tidak diketahui.

"Secara jelas mereka menjadi ancaman bahaya bagi kami mencapai cita-cita dalam persaingan sejak beberapa tahun lepas, dan saya pasti mereka menganggap kami sebagai ancaman utama bagi harapan mereka," Ferguson berkata.

Bagi pemain tengah Arsenal Jack Wilshere, keutamaan kini adalah liga.

"Mungkin sekarang kami telah tersingkir dari kejohanan Eropah, kami boleh jadi lebih kuat dalam liga, memberikannya tumpuan yang lebih banyak, memberi lebih perhatian untuk memenangi gelaran," kata Wilshere. "Kini kami perlu untuk menjadi kuat dalam liga, memberi lebih perhatian dan memastikan kami mendapat sebuah trofi pada hujung tahun ini."

Arsenal mungkin bukan satu-satunya pasukan yang akan merombak barisannya untuk Sabtu.

Wenger berkata bahawa ketua pasukan Cesc Fabregas akan menjadi pemerhati untuk "mungkin dua permainan berikutnya" dan penjaga gol Wojciech Szczesny akan direhatkan "untuk seketika" kerana kecederaan jari. Wenger menambah bahawa kelab mungkin terpaksa mencari penjaga gol tambahan melalui pinjaman.

Wilshere menjangka pemain-pemain utama United akan direhatkan kerana pasukan itu masih terlibat dalam persaingan Liga Juara-juaranya dalam 16 pasukan akhir pada Selasa menentang Marseille.



"Kami tahu Manchester United adalah sebuah pasukan yang hebat, tetapi mereka mempunyai satu perlawanan untuk kejohanan Eropah minggu depan, jadi mereka mungkin akan menurunkan barisan yang lemah, oleh itu kami boleh pergi ke sana dan mengambil kesempatan ke atas kelemahan itu," kata Wilshere.

Disebalik kemarau gelaran Arsenal selama enam tahun ini, Manchester City pula belum memenangi apa-apa trofi sejak kemenangan Piala Liga 1976.

City, yang berada di tempat ketiga dalam liga, akan dikunjungi Reading untuk pertemuan ke-2 pada hari Ahad, yang telah menewaskan pasukan dari Liga Perdana, Everton dan West Bromwich Albion dalam FA Cup pada musim ini.

Perlawanan-perlawanan piala untuk West Ham dan Birmingham turut akan berlangsung sementara mereka dalam usaha untuk selamat dari penyingkiran dari Liga Perdana.

Birmingham, yang memenangi piala pertamanya dalam 48 tahun pada peringkat akhir Piala Liga bulan lepas, harus menewaskan Bolton pada hari Sabtu untuk mencapai peringkat separuh akhir FA Cup.

West Ham pula akan menghadapi Stoke pada hari yang berikutnya.



(Sumber: http://news.bbc.co.uk/)