Van Persie buli kanak-kanak

Saturday, April 16, 2011

Pembantu pengurus Arsenal akan meninggalkan Arsenal di hujung musim

Arsene Wenger terpaksa mencari pembantu pengurusnya yang baru kerana ada spekulasi mengatakan bahawa orang no. 2 di Arsenal yang telah berkhidmat lama akan bersara di hujung musim ini.

Pembantu pengurus Arsenal, Pat Rice akan bersara pada hujung musim ini apabila kontrak semasanya akan berakhir.

Lelaki dari Ireland ini merupakan salah seorang yang bertanggungjawab dalam mengatur kejurulatihan di Arsenal semenjak 1984 dan Wenger terpaksa mencari pembantunya yang baru untuk pertama kalinya sejak dia tiba di kelab tersebut pada 1996.

Manchester City 1-0 Manchester United: Yaya Toure selesaikan teka-teki siapa ke pusingan akhir piala FA

Pemain Ivory itu mendapat gol bersejarah sebelum United bermain untuk 10 orang dan memberikan Mancini peluang untuk menyelesaikan piala pertama mereka untuk 35 tahun pada akhir bulan Mei

Oleh Steve Hewlett

Manchester City telah menempah tiket akhir ke Piala FA selepas jaringan separuh masa kedua dari Yaya Toure yang cukup untuk memalukan Manchester United di Wembley dalam satu perlawanan yang mana menyaksikan Paul Scholes dipaksa keluar padang.

Roberto Mancini telah menamatkan angan-angan United untuk merangkul 3 kejuaraan dan memastikan mereka kini berpeluang baik untuk memenangi kejuaraan untuk satu generasi  yang mana akan menunggu keputusan perlawanan antara Stoke City atau Bolton Wanderers di peringkat akhir.

Arsene Wenger ancam tarik Jack Wilshere dari Three Lions

Arsenal akan memberi cuti empat hingga enam minggu kepada Jack Wilshere. FA harus mematuhinya.

Oleh Aditya Ramadhan

Jurulatih Arsenal, Arsene Wenger mengencam akan menarik Jack Wilshere dari pasukan kebangsaan Inggeris itu yang akan bersaing dadalam kelayakkan Euro 2012.

"Mungkin akan lebih baik jika Wilshere tidak bermain dalam kejuaraan Eropah U21, tapi saya harus mematuhi keputusan FA," ujar Wenger.

"Selain itu, Three Lions memiliki agenda untuk perlawanan persahabatan pada Ogos 2011," lanjut Wenger.

Menurut Wenger, jika Wilshere bermain dalam kejuaraan Eropa U21 sehingga akhir musim ini, dia harus memberi istirahat kepada pemain muda berbakat itu yang mana akan mengambil masa antara empat hingga enam minggu.

"Dengan kata lain, Wilshere tidak boleh bermain untuk perlawanan persahabatan dan kelayakkan Euro 2012, kerana dia tidak bersedia," demikian kata Wenger.

Perlawanan kelayakkan Euro 2012 berlangsung pada September 2011. England akan menghadapi Bulgaria dan Wales, untuk memastikan tiket ke Ukraine dan Poland.

"Peraturan FIFA menyatakan bahawa kelab harus memberi masa empat minggu kepada pemain untuk berehat. FA harus mematuhi peraturan ini," Wenger mengakhiri.



(Sumber: http://www.goal.com/)

Kenny Dalglish minta Arsenal lupakan Pepe Reina

Kenny Dalglish yakin Reina akan kekal di Liverpool.

By Tegar Paramartha

Jurulatih Liverpool, Kenny Dalglish percaya bahwa kelabnya dapat mempertahankan penjaga gol utama mereka, Pepe Reina, dari buruan Arsenal.

"Saya tidak dapat mengatakan tentang apa yang dirasakannya (Reina). Saya hanya dapat mengatakan bagaimana saya secara peribadi, dan kelab secara keseluruhan, berkenaan dengan Reina," ujar Kenny.

"Dia tidak kelihatan tidak bahagia di mata saya. Saya selalu percaya bahwa dia adalah salah seorang pemain terbaik dalam Liga Perdana Inggris, bahkan mungkin dalam dunia bolasepak."

"Siapapun yang menjadi lebih baik dari Reina maka dia sangat beruntung dan saya belum melihat seorang pun yang lebih baik dari dia."


(Sumber: http://www.goal.com/)

Patrick Vieira: Cesc Fabregas & Robin Van Persie akan berhijrah

Patrick Vieira menasihati Arsenal agar harus meraih gelaran juara agar bintang-bintang mereka tidak berhijrah.



Oleh Tegar Paramartha

Legenda Arsenal Prancis Patrick Vieira percaya bahwa kelab lamanya akan kehilangan dua bintang mereka iaitu Cesc Fabregas dan Robin van Persie. Vieira yakin perkara tersebut akan berlaku, kecuali jika Arsenal dapat memenangi gelaran sebelum itu.

Barcelona, Real siap sedia hadapi empat 'El Clasico'


MADRID: Barcelona dan Real Madrid yang perseteruan sengit mereka bermula sejak 1902 akan kembali bertemu satu sama lain empat kali dalam tempoh 18 hari yang akan menentukan pencapaian mereka musim ini.

Villarreal, Porto berentap di separuh akhir

AMSTERDAM: Villarreal akan bertemu FC Porto pada separuh akhir Liga Europa selepas menumpaskan FC Twente 3-1, kelmarin.

Villarreal mendahului 5-1 daripada perlawanan suku akhir timbal balik pertama.

Emir Bajrami menjaringkan gol pembukaan Twente pada minit ke-31 tetapi harapan tipis Twente terus musnah apabila pertahanan, Dwight Tiendalli diarah keluar padang selepas dilayangkan kad merah pada minit ke-53. Giuseppe Rossi menyamakan kedudukan menerusi penalti, sebelum Marco Ruben menambah jaringan juga melalui penalti pada minit ke-84 dan lima minit kemudian, Ruben Cani menyumbat gol ketiga.

Porto pula mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan agregat 10-3 menumpaskan Spartak Moscow.

Jurulatih Twente, Michel Preud’homme menjelaskan liga Belanda adalah lebih penting daripada perlawanan benua selepas mengetepikan pemain utamanya termasuk kapten, Peter Wisgerhof dan Nacer Chadli pada perlawanan itu.

“Kami bermain baik pada separuh masa pertama,” kata pemain tengah Twente, Theo Janssen. “Kami terkeluar daripada saingan Liga Europa dengan perasaan bangga. Kini fokus kami adalah untuk menjuarai Piala Belanda.” - AP 



(Sumber: http://www.bharian.com.my/)

Sembang Safee Sali: Walau jauh di perantauan Harimau Malaya tetap di hati

ALHAMDULILLAH minggu yang baik, Rabu lalu seri di tempat lawan dan turut jaringkan gol tunggal pasukan. Kami bertemu Persela Lamongan yang berkesudahan seri.

Permainan yang baik namun dicemari dengan kad merah yang dilayangkan kepada rakan sepasukan saya, Ramirez pada minit ke-26 menyebabkan kami bermain dengan 10 orang.


Perjalanan pertama kali saya ke Surabaya agak menarik. Pemandangannya menarik dan perjalanan juga lancar.

Chelsea buru empat teratas

Selepas tiada peluang realistik untuk menjulang piala musim ini


LONDON: Fokus Chelsea tiba-tiba bertukar daripada mengejar kejuaraan kepada penentuan masa depan jurulatih Carlo Ancelotti sebaik tewas kepada Manchester United dalam Liga Juara-Juara, tempoh hari.

Kekalahan itu memberi tamparan buat pasukan kendalian Ancelotti yang kini tidak mempunyai peluang realistik untuk menjulang piala tahun ini, dan akan berkunjung untuk bertemu West Bromwich Albion dengan hanya sasaran mengejar tempat empat teratas Liga Perdana Inggeris.