Manchester City 1-0 Manchester United: Yaya Toure selesaikan teka-teki siapa ke pusingan akhir piala FA

Saturday, April 16, 2011
Pemain Ivory itu mendapat gol bersejarah sebelum United bermain untuk 10 orang dan memberikan Mancini peluang untuk menyelesaikan piala pertama mereka untuk 35 tahun pada akhir bulan Mei

Oleh Steve Hewlett

Manchester City telah menempah tiket akhir ke Piala FA selepas jaringan separuh masa kedua dari Yaya Toure yang cukup untuk memalukan Manchester United di Wembley dalam satu perlawanan yang mana menyaksikan Paul Scholes dipaksa keluar padang.

Roberto Mancini telah menamatkan angan-angan United untuk merangkul 3 kejuaraan dan memastikan mereka kini berpeluang baik untuk memenangi kejuaraan untuk satu generasi  yang mana akan menunggu keputusan perlawanan antara Stoke City atau Bolton Wanderers di peringkat akhir.

 
Berita utama sebelum itu terlebih dahulu menyatakan bahawa kedua-dua pemain iaitu Carlos Tevez dan Wayne Rooney tidak akan diturunkan tetapi pemain-pemain yang lain pada perlawanan tersebut telah menunjukkan kemahiran mereka untuk menutupi kehilangan pemain tersebut..

Dengan bakat serangan yang ada, serta sebuah permainan berhati-hati dan hambar seawal wisel separuh masa pertama, tidak banyak aksi yang menakjubkan ditunjukkan. Satu hantaran yang melintas di belakang pertahanan United dari Yaya Toure kepada Mario Balotelli, yang akhirnya memperlihatkan pemain Italy itu terlepas sedikit daripada melakukan sentuhan merupakan satu gerakkan terbaik yang boleh dilakukan oleh kedua-dua pasukan dalam 10 minit pertama.

Dimitar Berbatov hampir melakukan gol pembukaan pada minit ke-14 apabila Michael Carrick melakukan hantaran kepada pemain Bulgaria itu yang terlepas dari perangkap ofsfside pertahanan City namun begitu akhirnya percubaan tersebut ditepis oleh kehebatan Joe Hart.

Penjaga gol England itu berjaya mengesan kebahayaan itu lalu keluar dari garisan jagaannya untuk menutup segala ruang percubaan Berbatov.

Tekanan masih berlaku bilamana Nani melakukan sebuah larian di atas garisan sebelah kiri untuk membuka peluang melalui tandukkan dengan satu hantaran lintang. Malangnya setelah Berbatov menyudahkan tandukkannya dengan sebuah layangan, bola itu melepasi palang gol Joe Hart.


Dengan United mengawal permainan sepanjang separuh masa pertama, City banyak mengekalkan kedudukan mereka dalam kawasan mereka sendiri sehinggalah pergerakkan dari Gareth Barry yang mana hampir melepasi sebelah bahagian tangan kanan Edwin Van der Sar, menunjukkan tanda yang City akan mengambil alih untuk kawalan permainan.

Satu hantaran jauh dari Mario Balotelli dan satu voli dari Joleon Lescott dengan menggunakan sebelajh kaki nya yang lemahnya meneruskan pergerakkan mereka tetapi gol pembukaan masih tidak diperolehi sehinggalah separuh masa pertama berakhir. 

Tiada perubahan dilakukan pada separuh masa kedua dan City kelihatan seolah-olah tidak memerlukan sebarang pertukaran. Satu kesilapan besar yang dilakukan oleh Carrick di awal separuh kedua telah menjadikan ia malapetaka buat United dan Yaya Toure telah menggunakan peluang sebaik mungkin untuk memastikan kesilapan itu berbayar. Kesilapan hantaran oleh Carrick dirampas oleh Toure yang kemudian melakukan larian pantas dan turut gagal untuk dihalang oleh Nemanja Vidic and Edwin Van der Sar apabila bola itu melalui kedua-dua belah kaki penjaga gol dari Belanda itu.

Semangat permainan City semakin meningkat apabila satu cabaran tinggi ke arah kaki Pablo Zabaleta dari Scholes dianugerahi kad merah dari Mike Dean dan City kemudiannya percaya perlawanan hari ini akan menjadi milik mereka.

Perjalanan kembali ke utara pasti akan memeritkan sebagimana kedatangan mereka pada pagi itu, tetapi penyokong Manchester City lebih merasai jauhnya jarak masa untuk tiupan wisel terakhirs dalam debaran penantian selama 5 minit waktu kecederaan. 


(Sumber: http://www.goal.com/)