Pembantu pengurus Arsenal akan meninggalkan Arsenal di hujung musim

Saturday, April 16, 2011
Arsene Wenger terpaksa mencari pembantu pengurusnya yang baru kerana ada spekulasi mengatakan bahawa orang no. 2 di Arsenal yang telah berkhidmat lama akan bersara di hujung musim ini.

Pembantu pengurus Arsenal, Pat Rice akan bersara pada hujung musim ini apabila kontrak semasanya akan berakhir.

Lelaki dari Ireland ini merupakan salah seorang yang bertanggungjawab dalam mengatur kejurulatihan di Arsenal semenjak 1984 dan Wenger terpaksa mencari pembantunya yang baru untuk pertama kalinya sejak dia tiba di kelab tersebut pada 1996.


Bekas ketua pasukan skuad the Gunners ini akan mengakhiri kontraknya pada musim panas nanti dan Wenger telah gagal untuk memujuknya untuk menandatangani kontrak lanjutan pada kelab yang telah menyaksikan 528 kemunculannya dan menang dua kejuaraan semasa menjadi pemain dan kemudiannya memenangi sekali lagi dua kejuaraan semasa kerjayanya sebagai jurulatih.

Laporan oleh The Daily Express telah memberitahu bahawa Wenger telah menemukan pengganti buat Rice.

Akhbar itu menyatakan bahawa dia akan menawarkannya kepada bekas pemain Arsenal dan jurulatih Academy pada waktu ini, Steve Bould untuk mengambil peluang itu andai Rice membuat keputusan untuk berhenti.

Lelaki Perancis itu turut akan mempertimbangkan salah seorang daripada bekas pemainnya, Dragan Stojkovic, yang kini sedang terlibat dalam pasukan Grampus Eight di Jepun, dan juga Patrick Viera yang turut akan mengakhiri kerjayanya sebagai pemain bolasepak pada akhir musim ini.


(Sumber: http://www.goal.com/)