Theo Walcott: Saya menjadi pemain tertua dalam kelab!

Friday, August 19, 2011
Theo Walcott menyedari bahawa dia telah menjadi salah seorang pemain tertua di Arsenal

Oleh Tegar Paramartha

Pemain Arsenal Theo Walcott mengaku bahawa bukanlah sesuatu masalah baginyapabila dia diberi tanggungjawab yang lebih besar pada musim ini.

Walcott menyedari, dalam usianya yang ke-22 hari ini, dia telah menjadi salah seorang pemain tertua di dalam skuad kendalian Arsene Wenger.

Theo Walcott khuatirkan komposisi skuad Arsenal

Thursday, August 18, 2011
Pemain muda itu berharap tidak akan ada lagi pemain yang meninggalkan Stadium Emirates


Oleh M Yanuar F

Arsenal telah kehilangan beberapa pemainnya dalam pasaran perpindahan musim panas ini seperti Gael Clichy, Cesc Fabregas dan Emmanuel Eboue. Situasi tersebut dianggap oleh Theo Walcott sebagai agak mengecewakan.

Pemain berusia 22 tahun itu beranggapan bahawa Arsenal memerlukan skuad yang besar untuk mampu bersaing merebutkan semua gelaran juara yang mungkin diraih musim ini.

Liverpool, Arsenal buru Cahill


LIVERPOOL – Liverpool akan melancarkan tawaran untuk membawa pemain pertahanan Bolton, Gary Cahill ke Anfield.

Pengurusnya, Kenny Dalglish mengintai kelibat Cahill yang juga diminati Arsenal sejak permulaan musim panas lagi.

Dalglish difahamkan bakal menawarkan tunai 10 juta pound serta dua penyerangnya, David Ngog dan Raheem Sterling, 16, dalam bentuk pinjaman bagi memujuk Bolton.

Fakta: Ulangtahun ke-125 Kelab Bolasepak Arsenal

  

Robin van Persie adalah pemain yang paling lama berkhidmat dalam skuad Arsenal pada waktu ini selepas menyertai Arsenal dari Feyenoord di Belanda pada 17 May 2004.




(Sumber: http://www.arsenal.com/)

Fabregas tampil bantu Barcelona julang piala

 
BARCELONA – Cesc Fabregas membuat penampilan pertama bersama Barcelona sebagai pemain gantian ketika kelab itu menewaskan Real Madrid pada aksi Piala Super Sepanyol kelmarin, tiga hari selepas meninggalkan Arsenal.

Pemain berusia 24 tahun itu dimasukkan bagi menggantikan Pedro pada minit ke-82 sewaktu keputusan terikat 2-2, sebelum Lionel Messi menjadi penyelamat apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88.

“Saya sangat bangga dan ini adalah permulaan kemenangan yang hebat bagi saya sekali gus memberikan impak positif buat saya di sini,” kata Fabregas.

Tony, Kamarudin beli QPR


Oleh Khairuddin Mohd. Amin

KUALA LUMPUR – Tune Sport Sdn. Bhd. yang diterajui oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun, semalam membeli kelab bola sepak Inggeris, Queens Park Rangers (QPR).

Syarikat Malaysia itu membeli 66 peratus kepentingan Bernie Ecclestone dalam kelab bola sepak itu pada harga yang tidak didedahkan.

Pembelian tersebut menyaksikan Tune Sports menjadi syarikat Malaysia pertama memiliki pasukan Liga Perdana Inggeris.

Jack Wilshere tidak turun untuk 3 perlawanan sukar

Arsenal tidak dapat turunkan pemain muda itu semasa menghadapi Liverpool, Manchester United dan Udinese


Oleh M Yanuar F

Kecederaan buku lali memaksa Jack Wilshere untuk berehat sementara waktu. Dengan ini, Arsenal tidak dapat memaksimumkan tenaga mereka dalam beberapa perlawanan akan datang.

Apa yang menjadi kesalan adalah perlawanan yang akan ditempuhi oleh Arsenal Untuk perlawanan berikutnya bukanlah sebuah tentangan mudah. Tiga pasukan berkualiti sedang menanti untuk memberikan saingan getir.

Harry Redknapp: Arsenal mungkin tidak masuk 'Big Four'

Menurut Redknapp, tempat keempat mungkin jadi rebutan antara Tottenham, Arsenal dan Liverpool


Oleh Happy Susanto

Pengurus Tottenham Hotspur Harry Redknapp menjangkakan bahawa Arsenal akan keluar daripada 'big four' dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Menurut Redknapp, tangga tiga terbesar kemungkinan akan dikuasai oleh Manchester United, Chelsea, dan Manchester City.

Fakta: Ulangtahun ke-125 Kelab Bolasepak Arsenal

  

Arsenal telah dibangunkan pada 1886 di kilang senjata Royal Arsenal di Woolwich dengan nama ‘Dial Square’.
 


(Sumber: http://www.arsenal.com/)

Ryo Miyaichi tidak ingin dipandang tinggi

Ryo Miyaichi anggap dirinya masih belum layak untuk dibandingkan dengan Ronaldinho


Oleh Tegar Paramartha

Pemain muda Arsenal yang berasal dari Jepun Ryo Miyaichi menegaskan, dirinya belum layak untuk dipandang tinggi sebagai seorang pemain bolasepak dan dibandingkan dengan Ronaldinho.

Dia menyatakan bahawa dia akan tetap menjejakkan kaki di tanah dan tidak akan terbawa oleh arus pujian yang menghampiri dirinya.