Harry Redknapp: Arsenal mungkin tidak masuk 'Big Four'

Thursday, August 18, 2011
Menurut Redknapp, tempat keempat mungkin jadi rebutan antara Tottenham, Arsenal dan Liverpool


Oleh Happy Susanto

Pengurus Tottenham Hotspur Harry Redknapp menjangkakan bahawa Arsenal akan keluar daripada 'big four' dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Menurut Redknapp, tangga tiga terbesar kemungkinan akan dikuasai oleh Manchester United, Chelsea, dan Manchester City.

Redknapp mengakui pasukannya memiliki tentangan sukar untuk kembali tampil dalam Liga Juara-juara. Ini adalah disebabkan oleh perebutan antara tiga pasukan iaitu pasukannya sendiri, Arsenal dan Liverpool.

"Adakah anda menjangkakan Manchester City tidak masuk ke dalam senarai 'big four'? Dan adakah Chelsea dan Manchester United tidak akan tersenarai? Saya beranggapan bahawa ianya agak tidak masuk akal andai perkara itu terjadi," ujar Redknapp kepada Talksport.

"Tangga keempat akan jadi rebutan antara kami, Liverpool dan Arsenal."


(Sumber: http://www.goal.com/)