Theo Walcott: Saya menjadi pemain tertua dalam kelab!

Friday, August 19, 2011
Theo Walcott menyedari bahawa dia telah menjadi salah seorang pemain tertua di Arsenal

Oleh Tegar Paramartha

Pemain Arsenal Theo Walcott mengaku bahawa bukanlah sesuatu masalah baginyapabila dia diberi tanggungjawab yang lebih besar pada musim ini.

Walcott menyedari, dalam usianya yang ke-22 hari ini, dia telah menjadi salah seorang pemain tertua di dalam skuad kendalian Arsene Wenger.

"Saya adalah pemain tertua di meja makan semasa makan malam di Newcastle dengan usia 22 tahun," ungkap Walcott kepada Arsenal.com.

"Ia cukup melucukan tetapi saya akan melakukan apa saja yang dapat saya lakukan untuk membantu pemain-pemain muda berkembang. Saya telah berada di Arsenal dalam jangka waktu yang lama, oleh sebab itu saya mengetahui banyak perkara dan jika saya dapat membantu seseorang, saya akan melakukannya dengan rela hati."

"Pasukan ini dikenal kerana pemain mudanya tetapi kami tidak dapat menggunakan alasan itu lagi. Kami harus memenangi sesuatu dan itulah perkara yang paling penting."

"Memang penting untuk memiliki kombinasi pemain berpengalaman dengan pemain muda tetapi jurulatih mengetahui apa yang dia lakukan. Dia memiliki beberapa pemain luar biasa yang dia bawa masuk dan kami tidak tahu darimana mereka datang. Hanya waktu yang akan menentukan apa yang jurulatih telah lakukan."


(Sumber: http://www.goal.com/)