Jack Wilshere tidak turun untuk 3 perlawanan sukar

Thursday, August 18, 2011
Arsenal tidak dapat turunkan pemain muda itu semasa menghadapi Liverpool, Manchester United dan Udinese


Oleh M Yanuar F

Kecederaan buku lali memaksa Jack Wilshere untuk berehat sementara waktu. Dengan ini, Arsenal tidak dapat memaksimumkan tenaga mereka dalam beberapa perlawanan akan datang.

Apa yang menjadi kesalan adalah perlawanan yang akan ditempuhi oleh Arsenal Untuk perlawanan berikutnya bukanlah sebuah tentangan mudah. Tiga pasukan berkualiti sedang menanti untuk memberikan saingan getir.

Liverpool akan menjadi lawan Arsenal pada hujung minggu ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris, disusul pula Udinese pada perlawanan kedua Liga Juara-juara di Friuli serta Manchester United di Old Trafford.

Daily Express yakin jika di dua perlawanan berikutnya Wilshere tidak hadir, peluang untuk menghadapi United mungkin juga menghadapi kesukaran.

Situasi ini menjadi masalah bagi Arsenal yang telah kehilangan Cesc Fabregas yang berhijrah ke Barcelona. Samir Nasri juga mungkin akan menyusul keluar dalam waktu yang terdekat.

Sementara itu Alex Song dan Gervinho telah digantung untuk tiga perlawanan kerana hukuman salahlaku.


(Sumber: http://www.goal.com/)