2 gil Safee Sali malukan Bontang FC

Saturday, March 26, 2011
BONTANG - Penyerang kebangsaan Malaysia Safee Sali telah memalukan pasukan Bontang FC. Dua gol Safee memastikan Pelita Jaya membawa tiga mata penuh menentang pasukan yang dikelolakan oleh bekas pengurus pasukan kebangsaan Indonesia, Fachri Husaini di Stadium Mulawarman Bontang, Sabtu (26/3/2011).

Safee berjaya menembusi gawang penjaga gol Bontang FC, Edy Kurnia apabila permainan telah masuk ke separuh masa kedu dalam persaingan Liga Super Indonesia. Pada minit ke-60, Safee berjaya merobek gawang Edy Kurnia setelah menerima umpanan silang pemain sayap Pelita Jaya Ruben Sanady dari arah kiri. Umpanan Ruben yang begitu kemas membuatkan Safee dengan mudah untuk mengelirukan pemain berkulit bundar setelah pemain pertahanan Bontang FC, Joko Sidik gagal mengelak umpanan Ruben.

Ketajaman Safee kembali membuahkan hasil pada minit ke-74. Sepakkan keras Safee dari luar kotak penalti tidak mampu dielak Edy Kurnia. Bola tersebut berjaya ditepis namun masuk ke sudut kiri gawang Bontang FC.

Tertekan dengan dua jaringan tersebut membuatkan pasukan Bontang FC meningkatkan serangan. Namun malangnya serangan yang dihasilkan sering tidak berjaya membolosi gawang gol Pelita Jaya.

Akhirnya pasukan yang digelar the Young Guns ini berjaya dibolosi melalui penyerang berasal dari Jepun, Kenji Adachihara. Kenji berjaya memperkecilkan keunggulan Pelita Jaya setelah mengacah penjaga gol I Made Wardhana melalui sepakkan penalti.

Sepakkan penalti untuk Bontang FC ini diulit dengan kontroversi, menyebabkan I Made Wardhana bertelagah dengan salah seorang pemain Bontang FC di kotak penalti.

Sayangnya gol Kenji dihasilkan pada minit-minit terakhir perlawanan. Seminit selepas Kenji berjaya menghasilkan gol, pengadil meniupkan wisel sebagai penamat kepada permainan .Perlawanan tersebut berakhir dengan keutusan kemenangan 2-1 kepada Plita Jaya.



(Sumber: http://www.tribunnews.com/)