Wenger: Kita mesti tenang, sabar, fokus

Saturday, March 26, 2011
Oleh Chris Harris


Bertenang dan teruskan. Itulah mesej yang akan Arsene Wenger tanamkam dalam skuad bimbingannya apabila mereka mula menyambung kembali perjuangan mereka dalam Liga Perdana.

Situasi untuk arsenal kini ringkas: menang untuk kesemua 9 perlawanan dan setelah itu mereka akan dianugerahkan gelaran Liga Perdana untuk kali pertama semenjak tahun 2004. Pencarian itu akan bermula dengan perlawanan menentang Blackburn di Stadium Emirates hujung minggu depan.

Arsene Wenger akan meluangkan minggu-minggu mendebarkan ini dengan menenangkan kegemuruhan para pemainnya sebaik mungkin.

"Ia adalah penting untuk terus tenang, lebih sabar dan fokus." Beritahu Wenger kepada Majalah Rasmi Arsenal. "Mereka tidak perlu tergesa-gesa dalam permainan , tidak pula terlalu gementar. Ia adalah sebahagian perkara penting untuknya."

"Setiap tahun kami punyai separuh musim kedua yang lebih kukuh. Pada fikiran saya sejak 5 atau 6 tahu lepas kami sering punyai pemain muda, dan mereka meningkat dewasa sepanjang musim tersebut. Tahun ini ia berlaku lagi.

"Anda juga perlu ada kepercayaan kerana jika anda lihat bagaimana ramalan orang di luar sana, tentang pasukan ini pada musim ini, tiada sesiapa yang menjangkakan kita mampu berjuang untuk merebut gelaran takhta liga. Dan kita telah melakukan yang lebih baik dari jangkaan dan kini kita mahu mengecapi sesuatu keluar dari garisan itu."

Hanya Jens Lehmann dan Gael Clichy merupakan ahli pasukan dalam pasukan kali ini yang pernah berada dalam pasukan 'Invincibles' pada kempen 2003/04 tetapi Wenger menolak jika pemain-pemain yang kurang berpengalaman ini akan takut pada tekanan dalam mengejar perlumbaan untuk kejuaraan.

"Saya tidak bimbang akan perkara itu, perkara utama yang saya cari adalah faktor keinginan - keinginan untuk mengakhiri tugas mereka," kata Wenger. "Maka kami hanya mahu untuk terus fokus kepada keinginan kami, bukan hanya gangguan-gangguan negatif yang boleh mempengaruhinya. Saya akan cuba untuk fokus kepada pasukan dengan cara demikian."





(Sumber: http://www.arsenal.com/)