Wenger: Sepak mula perlawanan akhir perlu dikaji

Thursday, March 24, 2011


Arsene Wenger merasakan bahawa tiga perlawanan dalam jadual perlawanan di akhir musim Liga Perdana patut dimulakan serentak.

Pada ketika ini hanya perlawanan pada minggu terakhir kempen sahaja yang mana memperlihatkan bahawa kesemua 10 perlawanan dimainkan secara serentak untuk mengelakkan sebarang kelebihan akan diperoleh hasil daripada keputusan perlawanan lain.

Tapi Wenger merasakan ia perlu dilanjutkan untuk bersikap lebih adil.

"Saya berpendapat mereka sepatutnya melanjutkan kepada 3 perlawanan akhir untuk dimulakan pada masa yang sama, bukan sahaja kepada perlawanan terakhir," beritahu pengurus itu kepada Majalah Rasmi Arsenal.

"Ada beberapa kelebihan dan kekurangan untuk memulakan perlawanan lewat daripada pasukan-pasukan lain. Jika anda bermula lewat dari pesaing anda, dan mereka mendapat kekalahan, maka anda akan berada dalam situasi yang jauh lebih selesa.

"Secara psikologinya ia memberikan anda kelebihan, dan memang benar ia boleh diaplikasikan dalam perancangan kami, Manchester United atau Chelsea, tetapi saya berfikir adalah lebih baik untuk tidak memberikan mana-mana pasukan kelebihan sedemikian.

"Keputusan di hujung minggu di mana anda menang dan pasukan pesaing anda tewas menjadi begitu penting pada waktu ini."

Dengan jadual TV belum memutuskan untuk rancangan perlawanan, Arsenal masih belum dapat mengetahui samada mereka akan bermain sebelum atau selepas perlawanan persaing-pesaing mereka seperti Manchester United atau Chelsea.

Tetapi seandainya peraturan itu berubah sebagaimana yang dicadangkan oleh Wenger, adakah boleh dikatakan bahawa dia adalah seorang pengurus yang suka mengetahui apa yang telah berlaku dalam perlawanan lain?

"Tidak, saya akan menuinggu kemudian," tambahnya. "Jika mereka bermain sebelum kami, saya gemar untuk mengetahui keputusannya, tapi andai ia bermula serentak, saya tidak kisah jika tidak mengetahui hingga ia berakhir.

"Saya beritahu kepada para pemain supaya mengabaikan apa yang berlaku kepada perlawanan-perlawanan lain sejauh mungkin, dan terus fokus kepada bagaimana cara mereka untuk bermain."


(Sumber: http://www.arsenal.com/)