Ramsey: Kembali semula jersi aku, Jack!

Wednesday, March 23, 2011
Jack rampas tempat saya! Ramsey katakan kepada rakan sepasukan Arsenalnya, 'Aku mahukan jersi aku kembali'

Oleh Neil Moxley

Aaron Ramsy mengakui bahawa semenjak 12 bulan lepas dia merasa iri hati dengan arah tuju Jack Wilshere.

Sepanjang pemain dari Wales ini meneruskan pemulihannya dari kedasyatan kecederaan buku lalinya selepas satu terjahan dari pemain Stoke Ryan Shawcross, seorang pemain muda meningkat naik yang hampir menggantikan tempatnya dalam pasukan Arsenal.

Dengan ini Ramsey, 20, mendapati bahawa dirinya amat cemburu dengan tempat yang sepatutnya diisi olehnya kini ditumpukan kepada pemain berusia 19 tahun itu, Wilshere.


Kini mereka berdua akan bertembung dalam satu perlawanan di Stadium Millenium pada Sabtu ini dalam aksi antara negara.

Ramsey telah terjamin sebagai barisan tumpuan Gary Speed untuk perlawanan antarabangsa pertama jurulatih baru tersebut, dan Wilshere telah diharapkan oleh Capello sebagai masa depan England.


Namun begitu kepantasan rakan sejawatnya itu dalam mengambil-alih posisinya tidak mengejutkannya, walaupun bekas pemain Cardiff City itu menyembunyikan perasaannya apabila ditanya samada dia telah melihat gaya permainan Wilshere untuk Arsenal pada Liga Juara-juara sepanjang beberapa bulan lepas.

'Adakah saya menyangka bahawa saya sepatutnya berada di tempat itu pada waktu itu?', katanya. "Sudah tentu. Sebelum kecederaan ini saya sangkakan sayalah yang akan bermain. Saya telah diletakkan sebagai pemain utama dalam enam atau tujuh perlawanan dan saya merasakan bahawa saya akan ditempatkan dalam kesebelasan utama untuk Arsenal, malangnya perkara ini berlaku.


'Saya mempunyai peluang untuk baki perlawanan sepanjang musim ini untuk menunjukkan apa yang saya mampu lakukan. Saya mahu tunjukkan kepada orang lain bahawa kita mampu bangkit dari kecederaan seperti saya yang sebelum ini dan masih mampu melakukan seperti saya yang sama dulu.

'Saya masih cuba untuk bangkit kembali. Saya yakin dengan kemampuan saya dan saya tahu saya boleh bermain untuk Arsenal.

'Ia perjalanan yang cukup panjang. Saya telah dijadikan sebagai pemain pinjaman beberapa kali dan saya mula merasakan saya telah kembali dalam keadaan saya yang dahulu. Saya telah memulakan perlawanan sebanyak 10 kali dan saya rasa ia sesuatu yang baik dan bersedia untuk melakukannya lagi.

'Jack telah melakukannya dengan begitu baik sekali. Dia telah dipinjamkan pada tahun lepas dan saya rasakan ia banyak membantunya. Dia telah menunjukkan persembahan yang baik untuk Arsenal. Tidak banyak perbezaan yang akan anda lihat semasa dia berada dalam sesi latihan dengan persembahannya semasa perlawanan. Dia sangat selesa dalam kawalan bola dan tidak boleh dinafikan bahawa dia seorang pemain yang bagus.'

Ramsey menolak untuk beraksi dalam pinjaman jangka panjang. Mana mungkin baginya selepas kerjayanya mendapat malang pada Februari tahun lepas. Tiga bulan sebelum itu, semasa perlawanan persahabatan di Cardiff, Ramsey telah diharapkan untuk menjadi pemain masa hadapan bagi skuad Wales selepas merancang tiga gol kemenangan.

Dia turut memainkan peranan penting untuk Wales bawah 21 tahun, dalam menjaringkan gol hebat pada jarak 30 ela semasa menentang England di Villa Park yang hampir memperlihat pasukan bimbingan Brian Flynn itu mengalami kekecewaan semasa sepak mula perlawanan Eropah bawah 21 tahun.

John Toshack yang merupakan bekas pengurus skuad Wales yang telah dikucutkan jawatan juga patut turut menerima sesalan yang besar, sebagaimana Arsenal yang kehilangan pemain yang sedang melakar bakatnya, kerana dia juga merupakan mangsa keadaan apabila Armsey menerima kecederaan yang mengerikan itu.

Tambah Ramsey: 'Ternyata apabila ia berlaku, kerjaya anda pasti terhenti dan ia akan tertangguh sejak bermula peristiwa itu hingga seterusnya yang mangambil masa yang agak panjang.

'Saya rasakan yang saya telah menanganinya dengan begitu baik sekali. Saya mempunyai rakan-rakan dan keluarga di sekeliling untuk mengelakkan saya dari terus memikirkannya. Dalam pada itu mereka-mereka yang mengalami kecederaan seperti apa yang berlaku kepada saya turut menghubungi saya. Jadi kini, tiada apa-apa yang boleh saya lakukan melainkan bermain sebuah perlawanan dalam satu-satu masa.

'Sudah tentu perlawanan kali ini menjadi tumpuan saya. Bukan kerana ia perlawanan menentang England tetapi kerana ia merupakan perlawanan seterusnya. Telah benyak perubahan yang telah berlaku dalam pasukan Wales.

'Sukar untuk menonton Arsenal dan Wales kerana secara dasarnya saya telah berehat selama setahun.

'Saya berpendapat apa yang telah dilakukan oleh Gary Speed utuk pasukan Wales adalah sangat tepat. Cara latihan kami dan apa yang telah berlaku di atas lapangan juga banyak berubah.

'Terdapat semakin ramai kakitangan yang menjaga kami. Ia kelihatan seperti lebih profesional dan saya berharap, ia akan membantu kami dan menjadikan permainan kami semakin baik. Saya pasti ia akan menyumbang dalam persembahan kami pada hujung minggu ini.'

Dan bagaimana jika dia bersemuka dengan Wilshere? 'Kami ,memang ada bergurau mengenai perkara ini,' kata Ramsey, 'Adalah lebih baik jika saya hanya menyimpannya untuk diri saya sendiri tentang apa yang telah saya katakan.'



(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/)