Krisis penjaga gol: Lehmann adalah jawapan

Monday, March 14, 2011
Oleh Jack Pitt-Brooke


Arsenal akan menandatangani semula bekas penjaga gol mereka Jens Lehmann selepas kecederaan membelenggu skuad Arsène Wenger yang kini tanpa Lukasz Fabianski and Wojciech Szczesny. Pengurus itu mencari seorang pemain berpengalaman kepada bekas saingan Lehmann iaitu Manuel Almunia sebagai alternatif.

Lehmann akan bersama Arsenal selama enam minggu sebagai sebahagian daripada rancangan kejurulatihannya dan, seperti bekas pemain-pemain lain, dia masih mempunyai perhubungan dengan kelab. Memandangkan dia tidak bermain sejak persaraannya pada musim panas lepas, dia akan menyertai skuad Arsenal kerana Wenger mencari pemain gantian.



Pengurus itu mengakui pada minggu lepas bahawa dia mencari seorang "penjaga gol dengan segera" dan dia telah memikirkan seseorang sebagai calonnya, selepas kehilangan dua penjaga gol pilihan utamanya kerana masalah kecederaan. Fabianski telah direhatkan untuk baki musim ini selepas pembedahan bahu pada bulan lepas. Rakan senegaranya dari Poland, Szczesny, mengalami kecederaan terkehel jari setelah menyelamatkan sepakan percuma Dani Alves semasa menentang Barcelona di Nou Camp minggu lepas dan tidak akan bermain untuk enam minggu akan datang.

Kecederaan ini telah membawa Almunia kembali ke dalam skuad utama Arsenal. Penjaga gol yang berasal dari Sepanyol itu masuk sebagai pemain gantian di Barcelona dan bermain untuk 71 minit permainan berikutnya. Wenger telah memuji prestasinya selepas itu, dengan mengatakan yang dia telah "melakukannya dengan begitu baik", dan menggambarkan dia sebagai "seorang yang sangat profesional dan mempunyai atitud yang tinggi". Almunia kemudiannya bermain dalam Piala FA dan tewas kepada Manchester United di Old Trafford pada hari Sabtu, yang merupakan perlawanan keempatnya sebagai pemain kesebelahan utama pada tahun ini.


Lehmann yang telah bermain selama lima tahun di Arsenal, bermula dengan musim tanpa kalah "Kebal" pada 2003/04, di mana dia bermain pada setiap perlawanan dalam liga. Dia turut memenangi Piala FA 2005 untuk kelab itu, yang mana merupakan trofi kejuaraan yang terakhir buat Arsenal, dengan menyelamatkan sepakan penalti Paul Scholes dalam penentuan juara menentang United. Dia telah kehilangan posisinya selepas Almunia mengambil-alih tempat itu pada musim 2007/08, kemudian dia meninggalkan kelab pada akhir tahun dan menyertai Stuttgart, di mana dia bermain untuk dua musim sebelum bersara pada musim panas lepas. Lehmann bermain 194 perlawanan bersama Arsenal dan memenangi 61 gelaran untuk Jerman.

Wenger telah menemui Lehmann pada minggu lepas, berbincang mengenai reaksi positifnya selepas kehilangan tempat kepada Almunia, selepas pemain Jerman ini digugurkan pada Ogos 2007 kerana telah melakukan kesilapan semasa menentang Fulham. "Bila saya keluarkan Lehmann, yang telah melakukan satu kesalahan," kata Wenger, "dan meletakkan Almunia dalam skuad utama, Lehmann masuk pada keesokan harinya dan dia berusaha lebih keras lagi. Begitulah sebenarnya bagaimana kita bekerja."


David Seaman
Salah seorang penjaga gol terbaik Arsenal


(Sumber: http://www.independent.co.uk/)