Wenger yakin anak didik mampu bangkit

Monday, March 14, 2011
MANCHESTER: Arsene Wenger menegaskan barisan Arsenal memiliki karektor untuk bangkit semula selepas menderita tersingkir dalam tiga pertandingan dalam tempoh dua minggu.

Kekalahan terbaru mereka, 2-0 dalam saingan suku akhir Piala FA kepada Manchester United awal pagi semalam turut menyaksikan Johan Djourou tersisih baki saingan musim ini kerana bahunya terkehel.

Ia susulan kekecewaan selepas tersingkir dalam pusingan 16 kelompok terakhir Liga Juara-Juara di Barcelona, minggu lalu selepas tunduk kepada Birmingham dalam final Piala Liga.

Sekarang dengan kemarau trofi kejuaraan berterusan sejak memenangi Piala FA pada 2005, satu-satunya peluang mereka untuk menjulang kejuaraan musim ini dengan memenangi Liga Perdana.

Wenger berpendapat barisannya mempunyai mentaliti kuat untuk menghadapi dan mengatasi kekecewaan itu sekali gus terus bersaing dengan United untuk memburu kejuaraan Liga Perdana. Mereka ketinggalan tiga mata di belakang Manchester United yang masih perlu berkunjung ke Emirates, tetapi Gunners bermain kurang satu perlawanan. - AFP


(Sumber: http://www.bharian.com.my/)