Wenger: Saya bangga dengan apa yang Arsenal kecapi

Saturday, March 19, 2011
Wenger menyatakan bahawa tanpa trofi selepas musim ke-6 tidak akan mendesaknya untuk keluar.

Oleh Laura Williamson

Arsene Wenger menyatakan bahawa dia tidak pernah berniat untuk maninggalkan Arsenal walaupun kelabnya terus tanpa trofi untuk musim yang ke-6.

Kekalahan Arsenal dalam peringkat akhir Piala Carling serta penyingkiran dalan Liga Juara-juara dan Piala FA telah menyebabkan para peminat mempersoalkan samada pengurus dari Perancis itu harus terus menjadi seseorang yang sesuai untuk tugas demikian.

Tapi Wenger mengatakan, "Anda bertanya tentang komitmen saya? Apabila saya menandatangani sesuatu kontrak, saya menghormatinya. (Jika) Anda dapat lihat apa yang telah kami lakukan pada musim ini, ia layak diberikan kredit. Adakah sesiapa dapat menjangkakan di mana kami berada pada waktu ini, dihadapan Chelsea dan Manchester City dan berjuang untuk kejuaraan? Tiada sesiapa."


"Kami harus berbangga dengan apa yang kami lakukan sehingga kini. Biarkan orang lain terus berkata-kata dan biarkan kami melakukan tugas kami."

Namun begitu Wenger mengakui bahawa bilik persalinan mereka kini lebih lengang berbanding bilik persalinan pada 2004, apabila pasukan yang digelar 'The Invincibles' menjuarai gelaran Liga Perdana, dan kini tiada seorang pemimpin yang mempunyai suara yang cukup lantang.

Pada Arpil 2004, sebagai contoh, Arsenal telah ketinggalan 1-2 kepada Liverpool di separuh masa pertama, tetapi dengan inspirasi yang diterapkan oleh Thierry Henry ia memperlihatkan Arsenal menang 4-2.

Wenger berkata, "Saya harus katakan bahawa pada masa pertama di bilik persalinan (semasa menentang Liverpool), saya rasakan pasukan ini benar-benar kecewa."

"Mereka memerlukan ucapan memberangsangkan untuk kembali dan memberi tentangan dan, pada hari itu Thierry Henry melakukan perbezaan dengan memberikan impak besar di separuh masa ke-2 dan Liverpool terpaksa menerima bahawa kami lebih baik."

"Benarkah ia bilik perslainan yang lebih lengang kini? Mungkin. Tetapi Arsenal pasti memberikan sesuatu makna khas kepada mereka dan masanya pasti akan tiba."

Penaga gol yang telah bermain kesemua 38 perlawanan untuk pasukan yang tidak terkalahkan pada musim 2003-2004, Jens Lehman, kini telah kembali ke Arsenal dan berharap mampu menyuntik sedikit semangat terhadap para pemain.

Pemain berusia 41 tahun itu memberitahu laman web rasmi kelab, "Jika dilihat daripada pengalaman, saya masih lagi baik, jadi saya mesti menunjukkannya kepada pemain-pemain muda."

"Saya berharap agar kami akan berjaya untuk mendapat trofi, dan memberikan sentuhan semangat kepada para pemain - dan itulah juga sebebnya kenapa saya berada di sini dan kenapa Wenger meminta untuk saya kembali."

Lehmann sedang bertugas sebagai peramal TV di Nou Camp apabila penjaga gol no.1 Arsenal, Wojciech Szczesny mengalami kecederaan jari.

Ia mengambil dua pesanan ringkas dari jurulatih penjaga gol, Gerry Peyton untuk Lehmann menyedari bahawa khidmatnya diperlukan untuk kembali ke Arsenal.

Lehmann menambah, "Kemudiannya Arsene Wenger menghubungi saya andai saya boleh memberikan khidmat dan saya katakan padanya: "Biar saya beritahu isteri saya dahulu." Kini saya sudah berada di sini. Saya gembira berkenaan perkara ini, untuk pengakhiran terbaim bagi kerjaya saya dan saya akan melakukan sehabis baik untuknya."



(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/)