Capello puji Wishere

Sunday, March 27, 2011



LONDON - Jurulatih England, Fabio Capello memberi pujian melangit terhadap Jack Wilshere setelah pemain tengah muda berbakat itu menjadi nadi utama ketika mereka menewaskan Wales 2-0 pada aksi Kelayakan Euro 2012 malam kelmarin.

Pemain Arsenal itu hanya beraksi 52 minit bersama England sebelum ini dan prestasi terbaiknya pada aksi menentang Wales membolehkan England kini kembali ke landasan untuk layak ke pusingan akhir Euro 2012.

Biarpun dua jaringan England pada perlawanan itu dibuat oleh Frank Lampard dan Darren Bent, Wilshere yang baru berusia 19 tahun lebih mendapat pujian Capello.

"Persembahan Wilshere sepanjang musim ini cukup menakjubkan. Dia telah mempamerkan peningkatan dalam tempoh yang singkat," kata Capello.

Wilshere kini sedang dalam landasan terbaik untuk menjadi pilihan utama di jentera tengah bersama-sama Lampard di hadapan Scott Parker yang beraksi sebagai pemain tengah bertahan pada aksi malam kelmarin.

"Saya telah berbicara dengan Arsene Wenger (pengurus Arsenal) dan beliau turut bercakap perkara yang sama iaitu luar biasa. Wilshere beraksi seperti pemain berusia 28 tahun dengan 35 hingga 40 caps antarabangsa," jelas Capello.

Sementara itu, Wilshere sendiri enggan hanyut dengan pujian melambung terhadapnya.

"Memang ia perkara yang mahu saya dengar tetapi pada usia baru 19 tahun ini, masih terdapat pemain-pemain hebat lain seperti Steven Gerrard yang akan kembali ke dalam pasukan.

"Cuma saya perlu terus berkerja keras bersama pasukan kelab dan melihat sama ada Capello akan terus memanggil saya untuk tugasan antarabangsa atau sebaliknya," kata Wilshere.

Namun Capello sedikit kecewa apabila Wayne Rooney dilayangkan kad kuning pada minit ke-37, sekali gus menyebabkan penyerang Manchester United itu terlepas aksi seterusnya bertemu Switzerland di Wembley pada Jun depan. - AFP



(Sumber: http://www.kosmo.com.my/)

Sasaran Arsenal, Liverpool beri bayangan perpindahan

Sasaran Arsenal dan Liverpool, Per Mertesacker telah mendedahkan minatnya untuk melakukan penghijrahan ke Liga Perdana Inggeris namun masih belum mahu untuk berbincang berkaitan masa depannya sehingga kelab Werder Bremen selamat daripada tersingkir dalam Bundesliga.

Pemain berusia 26 tahun ini tidak mencapai musim yang baik bersama Bremen dan beberapa kali melakukan kesilapan sejak bulan-bulan terdekat ini yang menyebabkan kelab dari Jerman itu diletakkan di zon penyingkiran dalam liga terbesar Jerman.

Pemain pertahanan tengah ini telah dikaikan dengan perpindahan ke Utara London atau Merseyside namun beliau menegaskan bahawa dia tidak akan mempertimbangkan apa-apa tawaran mengenai masa depannya sehinggalah tamat musim nanti.

"England telah menjadi satu isu sejak beberapa tahun ini namun saya masih belum boleh membuat apa-apa keputusan lagio," beritahunya kepada Die Welt.

"Sudah tentu Liga Perdana itu menarik perhatian saya, tetapi sekarang hanya ada satu isu untuk saya dan ia adalah untuk mengelakkan daripada penurunan liga."

Kontrak Mertesacker dengan Bremen akan berakhir pada akhir musim depan, ini bermakna kelab Bundesliga berkemungkinan akan terpaksa menjualnya pada musim panas ini melainkan pihak antarabangsa Jerman bersetuju untuk kontrak baru - yang mana kini ia kelihatan tidak mungkin.

Pengarah bolasepak Liverpool, Damien Comolli telah menyaksikan perkembangan pemain pertahanan tengah itu semasa cuti musim sejuk di Bundesliga dan membuat laporan cadangan agar kelab Inggeris tersebut segera membuat tawaran pada musim perpindahan Januari lepas.

Tetapi tawaran itu tidak dilakukan oleh skuad the Reds dan kini mereka kelihatan bersedia untuk menyertai Arsenal dalam menyediakan tawaran untuk mendapat khidmatnya pada musim panas.

Perpindahan Mertesacker berkemungkinan akan menelan belanja sekitar £10 juta.





(Sumber: http://www.crunchsports.com/)

Perlawanan Arsenal versi Lego

Saturday, March 26, 2011

2 gil Safee Sali malukan Bontang FC

BONTANG - Penyerang kebangsaan Malaysia Safee Sali telah memalukan pasukan Bontang FC. Dua gol Safee memastikan Pelita Jaya membawa tiga mata penuh menentang pasukan yang dikelolakan oleh bekas pengurus pasukan kebangsaan Indonesia, Fachri Husaini di Stadium Mulawarman Bontang, Sabtu (26/3/2011).

Safee berjaya menembusi gawang penjaga gol Bontang FC, Edy Kurnia apabila permainan telah masuk ke separuh masa kedu dalam persaingan Liga Super Indonesia. Pada minit ke-60, Safee berjaya merobek gawang Edy Kurnia setelah menerima umpanan silang pemain sayap Pelita Jaya Ruben Sanady dari arah kiri. Umpanan Ruben yang begitu kemas membuatkan Safee dengan mudah untuk mengelirukan pemain berkulit bundar setelah pemain pertahanan Bontang FC, Joko Sidik gagal mengelak umpanan Ruben.

Ketajaman Safee kembali membuahkan hasil pada minit ke-74. Sepakkan keras Safee dari luar kotak penalti tidak mampu dielak Edy Kurnia. Bola tersebut berjaya ditepis namun masuk ke sudut kiri gawang Bontang FC.

Tertekan dengan dua jaringan tersebut membuatkan pasukan Bontang FC meningkatkan serangan. Namun malangnya serangan yang dihasilkan sering tidak berjaya membolosi gawang gol Pelita Jaya.

Akhirnya pasukan yang digelar the Young Guns ini berjaya dibolosi melalui penyerang berasal dari Jepun, Kenji Adachihara. Kenji berjaya memperkecilkan keunggulan Pelita Jaya setelah mengacah penjaga gol I Made Wardhana melalui sepakkan penalti.

Sepakkan penalti untuk Bontang FC ini diulit dengan kontroversi, menyebabkan I Made Wardhana bertelagah dengan salah seorang pemain Bontang FC di kotak penalti.

Sayangnya gol Kenji dihasilkan pada minit-minit terakhir perlawanan. Seminit selepas Kenji berjaya menghasilkan gol, pengadil meniupkan wisel sebagai penamat kepada permainan .Perlawanan tersebut berakhir dengan keutusan kemenangan 2-1 kepada Plita Jaya.



(Sumber: http://www.tribunnews.com/)

Wenger: Kita mesti tenang, sabar, fokus

Oleh Chris Harris


Bertenang dan teruskan. Itulah mesej yang akan Arsene Wenger tanamkam dalam skuad bimbingannya apabila mereka mula menyambung kembali perjuangan mereka dalam Liga Perdana.

Situasi untuk arsenal kini ringkas: menang untuk kesemua 9 perlawanan dan setelah itu mereka akan dianugerahkan gelaran Liga Perdana untuk kali pertama semenjak tahun 2004. Pencarian itu akan bermula dengan perlawanan menentang Blackburn di Stadium Emirates hujung minggu depan.

Arsene Wenger akan meluangkan minggu-minggu mendebarkan ini dengan menenangkan kegemuruhan para pemainnya sebaik mungkin.

"Ia adalah penting untuk terus tenang, lebih sabar dan fokus." Beritahu Wenger kepada Majalah Rasmi Arsenal. "Mereka tidak perlu tergesa-gesa dalam permainan , tidak pula terlalu gementar. Ia adalah sebahagian perkara penting untuknya."

"Setiap tahun kami punyai separuh musim kedua yang lebih kukuh. Pada fikiran saya sejak 5 atau 6 tahu lepas kami sering punyai pemain muda, dan mereka meningkat dewasa sepanjang musim tersebut. Tahun ini ia berlaku lagi.

"Anda juga perlu ada kepercayaan kerana jika anda lihat bagaimana ramalan orang di luar sana, tentang pasukan ini pada musim ini, tiada sesiapa yang menjangkakan kita mampu berjuang untuk merebut gelaran takhta liga. Dan kita telah melakukan yang lebih baik dari jangkaan dan kini kita mahu mengecapi sesuatu keluar dari garisan itu."

Hanya Jens Lehmann dan Gael Clichy merupakan ahli pasukan dalam pasukan kali ini yang pernah berada dalam pasukan 'Invincibles' pada kempen 2003/04 tetapi Wenger menolak jika pemain-pemain yang kurang berpengalaman ini akan takut pada tekanan dalam mengejar perlumbaan untuk kejuaraan.

"Saya tidak bimbang akan perkara itu, perkara utama yang saya cari adalah faktor keinginan - keinginan untuk mengakhiri tugas mereka," kata Wenger. "Maka kami hanya mahu untuk terus fokus kepada keinginan kami, bukan hanya gangguan-gangguan negatif yang boleh mempengaruhinya. Saya akan cuba untuk fokus kepada pasukan dengan cara demikian."





(Sumber: http://www.arsenal.com/)

Pemain Arsenal dalam skuad antarabangsa

14 ahli dari skuad utama Arsenal akan dipanggil oleh negara mereka untuk aksi antarabangsa.

Robin van Persie (Belanda)
Hungary 0-4 Belanda, 25 Mac
Belanda v Hungary, 29 Mac
Robin van Persie merupakan salah seorang penjaring untuk skuad Belanda apabila mereka menewaskan Hungary 4-0 pada malam Jumaat. Penyerang Arsenal itu meletakkan skuad bimbingan Bert van Marwijk 4 gol dihadapan apabila dia menjaringkan gol pada minit ke 62 dengan bantuan Gregory van der Wiel. Van Persie menghabiskan keseluruhan 90 minit dengan kejayaan 100% kemenangan dalam kumpulan E. Finalis Piala Dunia ini akan kembali ke Amsterdam pada hari Selasa nanti untuk perlawanan menentang Hungary sekali lagi.


Aaron Ramsey (Wales)
Wales v England, 26 Mac
Aaron Ramsy akan mengetuai skuad Wales menentang England di Cardiff pada hari Sabtu. Untuk kelayakkan kumpulan G untuk Euro 2012 di Stadium Millennium, pemain tengah Arsenal ini berkata, "Sejak kecil lagi saya mahu menjadi pemain bolasepak profesional dan mahu mengetuai negara saya dan kini masanya telah tiba dan ia menjadi detik yang amat bermakna kepada saya dan keluarga. Ibubapa saya telahbanyak membantu dalam mencapai apa yang saya kecapi pada hari ini dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka. Saya harap berharap saya boleh menjadi contoh kepada yang lain dalam pasukan saya. Dalam pasukan kami tahu sejauh mana kami mampu lakukannya dan mengharapkan kami mendapat keputusan yang baik.


Samir Nasri (Perancis)
Gael Clichy (Perancis)
Bacary Sagna (Perancis)
Luxembourg 0-2 France, 25 Mac
France v Croatia, 29 Mac
Samir Nasri dan Bacary Sagna telah bermain penuh untuk 90 minit apabila Perancis menewaskan Luxembourg 2-0 pada malam Jumaat. Nasri telah membantu gol permbukaan apabila sepakkan percumanya telah ditanduk masuk oleh Philip Mexes selepas minit ke-28. Yoann Gourcuff menambah gol ke-2 untuk memastikan kemenangan 18 nminit sebelum permainan berakhir dan Perancis kini mendahului dalam kumpulan D. Gael Clichy tidak beraksi. Pasukan Laurent Blank akan menjadi tuan rumah dalam perlawanan persahabatan menentang Croatia di Paris pada Selasa.


Tomas Rosicky (Republik Czech)
Spain 2-1 Republik Czech, 25 Mac
Republik Czech v Liechtenstein, 29
Mac
Tomas Rosicky bermain selama 90 minit apabila Republik Czech tewas 21-2 kepada Spanyol pada malam Jumaat. Jaroslav Plasil melakukan jaringan karak jauh menjadikan pasukan Rosicky di hadapan untuk menjadikan ia kemenangan mengejutkan sebelum David VIlla mengubah keputusan itu di minit akhir perlawanan. Pasukan Michal Bilek akan menjadi tuan rumah menentang Liechtenstein di Ceske Budejovice pada Selasa.


Nicklas Bendtner (Denmark)
Norway v Denmark, 26 Mac
Slovakia v Denmark, 29 Mac
Nicklas Bendtner telah dipanggil untuk bersama skuad Denmark untuk aksi antarabangsa seterusnya. Pasukan Mortem Olsen ini akan bertandang ke Oslo untuk kelayakkan Euro 2012 bagu kumpulan H pada Sabtu dan kemudian bertandang ke Trnava untuk perlawanan persahabatan pada Selasa.


Andrey Arshavin (Russia)
Armenia v Russia, March 26
Qatar v Russia, March 29

Andrey Arshavin dipanggil untuk skuad Russia pada Sabtu untuk kelayakkan Euro 2012 bagi pasukkan B menentang Armenia di Yerevan. Arshavin dan Russia kemudiannya akan melawat Doha untuk sebuah perlawanan persahabatan menentang Qatar pada Selasa.


Jack Wilshere (England)
Wales v England, 26 Mac
England v Ghana, 29
Mac
Jack Wilshere akan turun untuk aksi antarabangsa bersama skuad Fabio Capello menentang Wales dan Ghana pada Sabtu sebelum menjadi tuan rumah untuk perlawanan persahabatan menantang Ghana di Wembley pada Selasa.


Henri Lansbury (England)
Kieran Gibbs (England)
Denmark U21 0-4 England U21, 24 Mac
England U21 v Iceland U21, 28 Mac
Henri Lansburry tidak beraksi semasa England menewaskan Denmark 4-0 pada Selasa. Gol dari Danny Welbeck, Scott Sinclair, Daniel Sturridge dan Jordan Henderson menjadikan pasukan Stuart Pearce mendapat kemenangan selesa di Viborg. Pemain muda skuad singa akan menjadi tuan rumah apabila berhadapan dengan Iceland di Deepadle, Preston pada Isnin.


Marouane Chamakh (Maghribi)
Algeria v Maghribi, 27 Mac
Maghribi v Botswana, 30 Mac
Marouane Chamaks telah dipanggil untuk skuad Maghribi untuk perlawanan antarabangsa seterusnya. Skuad Eric Gerets ini akan bertandang ke Annaba untuk kelayakkan Piala Negara-negara Africa pada Ahad sebelum bermain untuk perlawanan persahabatan menentang Botswana pada Rabu.


Emmanuel Eboue (Côte d'Ivoire)
Côte d'Ivoire v Benin, 26 Mac
Emmanuel Eboue telah dipangil untuk aksi antarabangsa bersama Côte d'Ivoire pada Sabtu untuk kelayakkan Piala Negara-negara Afrika menentang Benin di Accra.


Carlos Vela (Mexico)
Mexico v Paraguay, 26 Mac
Mexico v Venezuela, 29 Mac
Carlos Vela mengebumi serangan skuad Mexico untuk perlawanan persahabatan menentang Paraguay dan Venezuela di America. Mexico akan berhadapan dengan Paraguay di Oakland pada Sabtu sebelum melakukan pertemuan dengan Venezuela di San Diego pada Selasa.



(Sumber: http://www.arsenal.com/)

Kad laporan perpindahan 2010-2011: Adakah ia membantu Arsenal?

Imbasan tentang bagaimana aksi pemain baru skuad the Gunners termasuk Marouane Chamakh, Laurent Koscielny dan Sebastien Squillaci sejak perpindahan ke Utara London.

Oleh Oliver Yew

Sehingga beberapa minggu lalu Arsenal masih dalam perjalanan empat kejohanan dan dalam mengejar 4 kejuaraan. PAra peminat yakin dan bersikap optimis mengenai peluang untuk mengakhiri enam tahun kemarau tanpa trofi.

Selepas menghadapi minggu-minggu tersebut, kalah dalam peringkat akhir Piala Carling kepada Birmingham, disingkirkan dari Liga Juara-juara oleh Barcelona dan terkeluar dari perebutan Piala FA kepada Manchester United, sagalanya telah berubah. Para penyokong sekali lagi mempersoalkan polisi perpindahan Arsene Wenger selepas satu lagi perpindahan musim panas dan kehadiran bintang-bintang baru.

Marouane Chamakh dan pemain pertahanan berpengalaman Sebastien Squillaci telah dibawa masuk tetapi mereka gagal untuk merealisasikan imaginasi para peminat. Dengan meletakkan pemain muda dari Peranciss yang belum teruji, ia mudah untuk melihat kenapa Arsenal terus gagal untuk mencapai kejayaan sejak tahun lepas. Naum ia bukanlah sesuatu yang baru bagi the Gunners kerana ia merupakan cara Wenger, namun jika mereka gagal untuk mengangkat trofi Liga Perdana dengan cara yang demikian, sudah tentu lebih banyak persoalan akan timbul.

Masuk: Marouane Chamakh (Bordeaux), Laurent Koscielny (Lorient), Sebastien Squillaci (Sevilla), Kyle Ebicilio (Feyenoord), Ryo Miyaichi (Chukyodai HS), Jens Lehmann (free agent)

Keluar: Philippe Senderos (Fulham), Fran Merida (Atletico Madrid), Mikael Silvestre (Werder Bremen), William Gallas (Tottenham), Francis Coquelin (Lorient, pinjaman), Eduardo (Shakhtar Donetsk), Sol Campbell (Newcastle), Sanchez Watt (Leeds, pinjaman), Jay Simpson (Hull), Armand Traore (Juventus, pinjaman)


(Marouane Chamakh)
Grade: B-
Dari: Bordeaux
Bayaran: Percuma
Posisi: Penyerang
Kemunculan/Gol: 39/12



Chamakh merupakan kemasukan terpantas bagi the Gunners dan pada permulaan musim tersebut ia seperti satu kejutan yang sangat baik yang mana pemain Maghribi ini seperti menambah satu dimensi berbeza dalam barisan serangan. Pemain Arsenal tercari-cari siapa yang boleh menerima hantaran bola ke dalam kotak dan mereka tahu Chamakh mungkin akan cuba mendapatkannya melalui hantaran tinggi. Ia kelihatan menjadi kerana dia berjaya menghasilkan 11 gol sejak 3 bulan pertama musim ini. Namun selepas sekembalinya Robin van Persie di mana Arsenal banyak kehilangan tenaga, keyakinan bekas bintang Bordeaux itu terpukul dan sejak posisinya bergelut dengan persaingan, dia hanya menjaringkan 1 gol dalam 19 kemunculan.


(Laurent Koscielny)
Grade: B-

Dari: Lorient
Bayaran: £8.7 juta
Posisi: Pertahanan
Kemunculan/Gol: 36/3



Wenger mempertaruhkan pemain muda dari Perancis yang baru bermain satu musim lengkap dalam Liga terbesar Perancis sebelum menyertai Arsenal pada musim panas lepas. Dalam masa dia dikritik dalam melakukan terjahan dan beberapa kesilapan besar, pemain pertahanan tengah ini telah melakukan permulaan yang baik dalam kerjaya Arsenalnya. Ada kalanya dia tewas dengan cara permainan fizikal di Liga Perdana tetapi dengan pantas dia dapat menyesuaikan diri dan menjadi faktor kesukaran serta cabaran yang besar dalam kancah permainan dalam liga Inggeris. Mungkin dia belum lagi menjadi penyelesaikan bagi skuad Arsenal dan mungkin perlu lagi mempertingkatkan keupayaannya tetapi beberapa persembahan terbaik yang ditunjukkannya termasuk persembahan terbaiknya dalam jersi merah menentang Barcelona di Emirates telah menunjukkan bahawa dia punyai potensi itu. Selepas satu lagi musim penuh untuk dirinya dia mampu menjadi lebih berpotensi dan patut menjadi perpindahan yang berbaloi bagi skuad ini.


(Sebastien Squillaci)
Grade: D

Dari: Sevilla
Bayaran: £4 juta
Posisi: Defender
Kemunculan/Gol: 28/2



'Arsene Wenger menandatangani seorang pemain pertahanan antarabangsa berpengalaman.' Ia merupakan suatu suara yang mana para peminat Arsenal mahu dengari pada musim lepas, tetapi Sebastien Squillaci telah gagal untuk menawan harapan peminat setia the Gunners. Beberapa kesalahan dan kesilapan sia-sia telah merugikan kerjaya pendeknya di Emirates dan hanya empat kali tanpa bolos pernah berlaku sepanjang 28 kemunculannya sebagai 4 pemain pertahanan akhir.


Yang lain-lain

Kyle Ebecilio: N/A
Pemain tengah dari Belanda yang berkemahiran tinggi ini telah menandatangani Arsenal dari Fayenoord yang turut menjadi intaian Chelsea pada musim panas lepas. Pemain berusia 17 tahun ini tidak berada dalam skuad Arsene Wenger pada musim ini tetapi dia merupakan bintang dari Belanda di bawah 17 tahun dan dia merupakan salah seorang dari pemain yang bernilai dalam projek Wenger.

Ryo Miyaichi: N/A
Pemain serangan dari Jepun ini telah mendapat perhatian Wenger selepas percubaan pada musim lepas. Ia cukp untuk Arsenal mengikat kontrak jangka panjang pada bulan Januari lepas. Kemudiannya dia segera dipinjamkan ke Fayenoord dan telah melakukan banyak kejutan, melakukan 7 kemunculan dan 1 gol.

Jens Lehmann: N/A
Wenger telah mengejutkan ramai peminat bolasepak apabila dia memberi tawaran kepada bekas penjaga golnya yang telah pencen untuk menyelesaikan krisis penjaga golnya pada minggu lepas. Dengan dua penjaga gol pilihan utama Arsenal tidak dapat beraksi, bekas pemain skuad the Gunners itu telah menandatanganinya sebagai perlindungan jika Manuel Almunia mengalami masalah. Pemain dari Jerman itu melakukan kemunculan di West Brom pada hujung minggu lepas dimana Wojciech Szczesny dan Lukasz Fabianski masih tidak dapat beraksi. Kedudukan Manuel Almunia pula kelihatan tidak kukuh dan pasti kita tidak akan dapat melihat peluang yang begitu panjang bersama Lehmann.



(Sumber: http://www.goal.com/)

"Hati kata Arsenal, fikiran kata United"

Oleh Tom Jones

Siapa lagi pemain Lagenda terbesar Arsenal kalau bukan Tony Adams. Pemain pertanahan untuk skuad the Gunners ini bermain selama 2 dekad dan memenangi 4 gelaran untuk Division Pertama/Liga Perdana sepanjang khidmatnya di kelab itu. Di sini Adam bercerita tentang permainan di bawah bimbingan Arsene Wenger, kemasukkan kembali Jens Lehmann ke kelab dan peluang Arsenal memenangi gelaran Liga Perdana pada musim ini...



Apa pandangan anda dengan cara kerja Arsene Wenger mengenai apa yang telah dia lakukan di Arsenal sepanjang 15 tahun ini?

Dia telah menjadi pencetus fenomena, dia seorang lelaki yang hebat dan sangat disenangi. Dia sangat jujur , jujur kepada para pemainnya. Psikologi adalah kekuatannya dan dia adalah satu revolusi buat Arsenal. Anda sekarang sedang bercakap dengan seorang peminat besarnya, dia seorang yang bijaksana bagi saya.

Adakah dia telah menjadi pengaruh besar dalam gaya kejurulatihan anda?

Ada banyak pengaruh di situ. Dalam kehidupan, anda adalah apa yang anda pelajari dan dia telah mengajar saya dengan tawaran yang hebat. Jawapan samada saya telah menggunakannya di kelab yang menggunakan khidmat saya, mungkin ia belum benar-benar berlaku. Dia seorang psikologi yang sangat bagus dalam fikiran saya, itu kekuatannya. Saya berada di dalam sebuah kelab yang mana dari segi permainan perkara itu tidak digunakan sepenuhnya. Saya dianugerahkan pemain muda yang baik dari segi teknikal di Feyenoord tetapi saya tidak begitu mengawal untuk diet mereka dan dari segi psikologi. Tapi saya akui dia telah memberikan pengaruh.

Adakah anda berpendapat skuad Arsenal kali ini boleh memenangi apa-apa kejuaraan?

Semasa cuti musim sejuk saya kembali ke sana untuk melihat perlawanan menentang Manchester City dan saya bertanya akan beberapa perkara dan secara jujur saya menyangka Piala Liga akan menjadi salah satu milik mereka pada musim ini untuk meneruskan perjuangan yang lain-lain. Malangnya mereka kelhilangan peluang itu; dah saya sangat berharap mereka akan memenangi satu kejuaraan kelak

Apa pendapat anda mengenai pemberian kontrak semula Jens Lehmann?

Saya berfikir seolah-olah mahu menyarungi semula kasut bola saya! Pada pendapat saya Jens adalah seorang penjaga gol yang hebat. Saya tahu mereka mendapat beberapa kecederaan termasuk pemain muda mereka yang turut saya gemari, Wojciech Szczesny. Arsene memerlukan gantian untuk posisi penjaga gol dan saya lihat di mana logiknya mereka membawa kembali Jens Lehmann.

Siapa yang anda rasakan akan menjuarai gelaran untuk Liga Perdana Barclays pada musim ini?

Sudah tentu hati saya mengatakan ia adalah Arsenal tetapi di fikiran saya mengatakan ia milik United, mereka memiliki terlalu ramai pemain yang telah memenanginya sebelum ini. Apabila anda pernah melakukannya dan anda rasakan anda berada di tahap yang meragukan, anda pasti tahu pada masa bila untuk bertungkus-lumus dan bila untuk berlenggang dan pada masa bila anda perlu untuk memenangi satu-satu perlawanan. Bila anda telah melakukan sekali, anda pasti tahu bila masa untuk bankit dan mempersembahkan hasilnya.



(Sumber: http://www.footballfancast.com/)

Wenger: Sepak mula perlawanan akhir perlu dikaji

Thursday, March 24, 2011


Arsene Wenger merasakan bahawa tiga perlawanan dalam jadual perlawanan di akhir musim Liga Perdana patut dimulakan serentak.

Pada ketika ini hanya perlawanan pada minggu terakhir kempen sahaja yang mana memperlihatkan bahawa kesemua 10 perlawanan dimainkan secara serentak untuk mengelakkan sebarang kelebihan akan diperoleh hasil daripada keputusan perlawanan lain.

Tapi Wenger merasakan ia perlu dilanjutkan untuk bersikap lebih adil.

"Saya berpendapat mereka sepatutnya melanjutkan kepada 3 perlawanan akhir untuk dimulakan pada masa yang sama, bukan sahaja kepada perlawanan terakhir," beritahu pengurus itu kepada Majalah Rasmi Arsenal.

"Ada beberapa kelebihan dan kekurangan untuk memulakan perlawanan lewat daripada pasukan-pasukan lain. Jika anda bermula lewat dari pesaing anda, dan mereka mendapat kekalahan, maka anda akan berada dalam situasi yang jauh lebih selesa.

"Secara psikologinya ia memberikan anda kelebihan, dan memang benar ia boleh diaplikasikan dalam perancangan kami, Manchester United atau Chelsea, tetapi saya berfikir adalah lebih baik untuk tidak memberikan mana-mana pasukan kelebihan sedemikian.

"Keputusan di hujung minggu di mana anda menang dan pasukan pesaing anda tewas menjadi begitu penting pada waktu ini."

Dengan jadual TV belum memutuskan untuk rancangan perlawanan, Arsenal masih belum dapat mengetahui samada mereka akan bermain sebelum atau selepas perlawanan persaing-pesaing mereka seperti Manchester United atau Chelsea.

Tetapi seandainya peraturan itu berubah sebagaimana yang dicadangkan oleh Wenger, adakah boleh dikatakan bahawa dia adalah seorang pengurus yang suka mengetahui apa yang telah berlaku dalam perlawanan lain?

"Tidak, saya akan menuinggu kemudian," tambahnya. "Jika mereka bermain sebelum kami, saya gemar untuk mengetahui keputusannya, tapi andai ia bermula serentak, saya tidak kisah jika tidak mengetahui hingga ia berakhir.

"Saya beritahu kepada para pemain supaya mengabaikan apa yang berlaku kepada perlawanan-perlawanan lain sejauh mungkin, dan terus fokus kepada bagaimana cara mereka untuk bermain."


(Sumber: http://www.arsenal.com/)

Ramsey: Kembali semula jersi aku, Jack!

Wednesday, March 23, 2011
Jack rampas tempat saya! Ramsey katakan kepada rakan sepasukan Arsenalnya, 'Aku mahukan jersi aku kembali'

Oleh Neil Moxley

Aaron Ramsy mengakui bahawa semenjak 12 bulan lepas dia merasa iri hati dengan arah tuju Jack Wilshere.

Sepanjang pemain dari Wales ini meneruskan pemulihannya dari kedasyatan kecederaan buku lalinya selepas satu terjahan dari pemain Stoke Ryan Shawcross, seorang pemain muda meningkat naik yang hampir menggantikan tempatnya dalam pasukan Arsenal.

Dengan ini Ramsey, 20, mendapati bahawa dirinya amat cemburu dengan tempat yang sepatutnya diisi olehnya kini ditumpukan kepada pemain berusia 19 tahun itu, Wilshere.


Kini mereka berdua akan bertembung dalam satu perlawanan di Stadium Millenium pada Sabtu ini dalam aksi antara negara.

Ramsey telah terjamin sebagai barisan tumpuan Gary Speed untuk perlawanan antarabangsa pertama jurulatih baru tersebut, dan Wilshere telah diharapkan oleh Capello sebagai masa depan England.


Namun begitu kepantasan rakan sejawatnya itu dalam mengambil-alih posisinya tidak mengejutkannya, walaupun bekas pemain Cardiff City itu menyembunyikan perasaannya apabila ditanya samada dia telah melihat gaya permainan Wilshere untuk Arsenal pada Liga Juara-juara sepanjang beberapa bulan lepas.

'Adakah saya menyangka bahawa saya sepatutnya berada di tempat itu pada waktu itu?', katanya. "Sudah tentu. Sebelum kecederaan ini saya sangkakan sayalah yang akan bermain. Saya telah diletakkan sebagai pemain utama dalam enam atau tujuh perlawanan dan saya merasakan bahawa saya akan ditempatkan dalam kesebelasan utama untuk Arsenal, malangnya perkara ini berlaku.


'Saya mempunyai peluang untuk baki perlawanan sepanjang musim ini untuk menunjukkan apa yang saya mampu lakukan. Saya mahu tunjukkan kepada orang lain bahawa kita mampu bangkit dari kecederaan seperti saya yang sebelum ini dan masih mampu melakukan seperti saya yang sama dulu.

'Saya masih cuba untuk bangkit kembali. Saya yakin dengan kemampuan saya dan saya tahu saya boleh bermain untuk Arsenal.

'Ia perjalanan yang cukup panjang. Saya telah dijadikan sebagai pemain pinjaman beberapa kali dan saya mula merasakan saya telah kembali dalam keadaan saya yang dahulu. Saya telah memulakan perlawanan sebanyak 10 kali dan saya rasa ia sesuatu yang baik dan bersedia untuk melakukannya lagi.

'Jack telah melakukannya dengan begitu baik sekali. Dia telah dipinjamkan pada tahun lepas dan saya rasakan ia banyak membantunya. Dia telah menunjukkan persembahan yang baik untuk Arsenal. Tidak banyak perbezaan yang akan anda lihat semasa dia berada dalam sesi latihan dengan persembahannya semasa perlawanan. Dia sangat selesa dalam kawalan bola dan tidak boleh dinafikan bahawa dia seorang pemain yang bagus.'

Ramsey menolak untuk beraksi dalam pinjaman jangka panjang. Mana mungkin baginya selepas kerjayanya mendapat malang pada Februari tahun lepas. Tiga bulan sebelum itu, semasa perlawanan persahabatan di Cardiff, Ramsey telah diharapkan untuk menjadi pemain masa hadapan bagi skuad Wales selepas merancang tiga gol kemenangan.

Dia turut memainkan peranan penting untuk Wales bawah 21 tahun, dalam menjaringkan gol hebat pada jarak 30 ela semasa menentang England di Villa Park yang hampir memperlihat pasukan bimbingan Brian Flynn itu mengalami kekecewaan semasa sepak mula perlawanan Eropah bawah 21 tahun.

John Toshack yang merupakan bekas pengurus skuad Wales yang telah dikucutkan jawatan juga patut turut menerima sesalan yang besar, sebagaimana Arsenal yang kehilangan pemain yang sedang melakar bakatnya, kerana dia juga merupakan mangsa keadaan apabila Armsey menerima kecederaan yang mengerikan itu.

Tambah Ramsey: 'Ternyata apabila ia berlaku, kerjaya anda pasti terhenti dan ia akan tertangguh sejak bermula peristiwa itu hingga seterusnya yang mangambil masa yang agak panjang.

'Saya rasakan yang saya telah menanganinya dengan begitu baik sekali. Saya mempunyai rakan-rakan dan keluarga di sekeliling untuk mengelakkan saya dari terus memikirkannya. Dalam pada itu mereka-mereka yang mengalami kecederaan seperti apa yang berlaku kepada saya turut menghubungi saya. Jadi kini, tiada apa-apa yang boleh saya lakukan melainkan bermain sebuah perlawanan dalam satu-satu masa.

'Sudah tentu perlawanan kali ini menjadi tumpuan saya. Bukan kerana ia perlawanan menentang England tetapi kerana ia merupakan perlawanan seterusnya. Telah benyak perubahan yang telah berlaku dalam pasukan Wales.

'Sukar untuk menonton Arsenal dan Wales kerana secara dasarnya saya telah berehat selama setahun.

'Saya berpendapat apa yang telah dilakukan oleh Gary Speed utuk pasukan Wales adalah sangat tepat. Cara latihan kami dan apa yang telah berlaku di atas lapangan juga banyak berubah.

'Terdapat semakin ramai kakitangan yang menjaga kami. Ia kelihatan seperti lebih profesional dan saya berharap, ia akan membantu kami dan menjadikan permainan kami semakin baik. Saya pasti ia akan menyumbang dalam persembahan kami pada hujung minggu ini.'

Dan bagaimana jika dia bersemuka dengan Wilshere? 'Kami ,memang ada bergurau mengenai perkara ini,' kata Ramsey, 'Adalah lebih baik jika saya hanya menyimpannya untuk diri saya sendiri tentang apa yang telah saya katakan.'



(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/)