Arsenal dimalukan Liverpool di Emirates

Saturday, August 20, 2011
The Gunners kehilangan seorang pemain setelah Fimprong dilayangkan kad kuning keduanya pada minit ke-70


Oleh Donny Afroni

Liverpool meraih kemenangan pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris musim 2011/12 setelah menundukkan Arsenal 2-0 di Stadium Emirates. Gol Liverpool dihasilkan melalui gol sendiri Aaron Ramsey dan Luis Suarez.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger menyenaraikan Samir Nasri ke dalam senarai permulaan. Wenger juga memberikan kesempatan kepada Carl Jenkinson dan Emmanuel Frimpong untuk penampilan ulung pada musim ini.

Sebaliknya, pengurus Liverpool Kenny Dalglish melakukan dua perubahan. Dalglish memilih menyimpan Suarez sebagai pemain ganti. Di barisan belakang, Martin Kelly menjadi permulaan untuk mengisi posisi John Flanagan.

Arsenal kehilangan peluru: Carragher


PEMAIN pertahan tengah Liverpool, Jamie Carragher yakin Arsenal mampu ditundukkan pada pertembungan istimewa di Stadium Emirates, hari ini.

Katanya, The Reds memiliki segalanya dan anak didik Kenny Dalglish itu perlu merantai pergerakan Robin van Persie daripada bergerak bebas.

Arsenal positif


LONDON: Arsenal tidak pernah tumpas kepada Liverpool di gelanggang sendiri sejak memasuki era milenium namun situasi itu mungkin berubah apabila prestasi Gunners tampak goyah dalam dua perlawanan awal musim ini.

Perpindahan Cesc Fabregas dan kedudukan Samir Nasri masih belum menentu menyebabkan pengurus, Arsene Wenger kini kehilangan dua tonggak utama menjelang pertembungan getir di Stadium Emirates, hari ini.

Tambah memeritkan apabila masalah kecederaan dan penggantungan pemain melanda skuadnya yang menyaksikan pemain tengah, Alex Song dan pemain baru, Gervinho digantung perlawanan selepas bergaduh dengan Joey Barton ketika seri 0-0 di Newcastle minggu lalu.

Liverpool beri Wenger uji terhebat


LONDON - Liverpool bakal menguji 'pemerintahan' Arsene Wenger di Arsenal sejak 15 tahun lalu pada pertemuan sengit di Emirates hari ini, yang disifatkan mampu memberi impak kepada kedudukan dalam Liga Perdana England (EPL) musim ini.

Pertembungan penting itu berlangsung ketika kesuraman menyelubungi Gunners berikutan kehilangan ketua pasukan, Cesc Fabregas manakala Samir Nasri pula semakin hampir ke Manchester City.

Keadaan semakin buruk berikutan lapan pemain utama Gunners digantung dan cedera.

Ujian terbesar buat Arsenal

Wilshere, Gibbs, Djourou, Rosicky, Traore, Diaby belum cergeas sepenuhnya


LONDON: Arsenal mungkin belum pernah tewas kepada Liverpool apabila bermain di laman sendiri sepanjang abad baru ini, tetapi Gunners kini tampak lebih goyah daripada biasa ketika musim baru berusia hanya dua perlawanan.

Pemergian Cesc Fabregas dan penjualan Samir Nasri yang masih tertangguh menjadikan skuad kendalian Arsene Wenger kini kehilangan dua pemain terbaik musim lalu menjelang pertemuan dengan Liverpool di Stadium Emirates hari ini.

Nasri dedah minat mahu ke Old Trafford


MANCHESTER – Meskipun Samir Nasri bakal menyertai Manchester City, bintang Arsenal itu sebenarnya lebih gemar jika destinasi pilihannya ialah Manchester United.

Semasa membuat keputusan meninggalkan Arsenal, Nasri dikatakan memberitahu rakan-rakannya bahawa impiannya adalah ke United atau berhijrah ke La Liga beraksi untuk sama ada Real Madrid atau Barcelona.

Menezes panggil Ronaldinho


RIO DE JANEIRO - Ronaldinho, yang beraksi baik bersama Flamengo dipanggil semula mewakili skuad kebangsaan Brazil.

Bekas pemain Barcelona dan AC Milan dipilih dalam senarai skuad 24 pemain oleh jurulatih, Mano Menezes untuk aksi persahabatan menentang Ghana di London pada 5 September.

Ronaldinho, dalam pasukan juara Piala Dunia 2002, disenaraikan sejak kembali dari Eropah Januari lalu.

Mourinho bakal hilang jawatan?


LONDON - Jose Mourinho berkemungkinan dipecat sebagai jurulatih Real Madrid.

Mourinho dikesan berkelakuan tidak profesional kerana mencucuk mata salah seorang jurulatih Barcelona, Tito Vilanova dengan jari telunjuk tangan kanannya selepas Real tewas 2-3 pada aksi kedua Piala Super Sepanyol di Nou Camp kelmarin.

Persatuan Bola Sepanyol (RFEF) tidak akan mengenakan sebarang hukuman terhadap bekas jurulatih Inter Milan itu kerana perbua- tan yang dilakukannya tidak tercatat dalam laporan pengadil perlawanan, David Fernandez Borbalan.

Harimau Muda kian positif


SKUAD Olimpik negara mula menunjukkan petanda positif menjelang pusingan peringkat kelayakan Sukan Olimpik London 2012, di jadual bermula September depan.

Daripada tujuh siri perlawanan ujian di Vion, Slovakia, anak didik Ong Kim Swee berjaya memenangi empat pertemuan menewaskan FK Bodva Moldava 1-0, MFK Topvar Topolcany (2-1), Tatran Liptovsk Mikul (2-1) dan MFK Dolny Kubin (2-0).

Namun, rekod bersih itu sedikit tercalar, apabila dibelasah Budapest Honved FC 4-1 pada 9 Ogos lalu, termasuk jaringan sendiri Mahalli Jasuli.

Wenger - Ryo dalam skuad menentang Liverpool

Friday, August 19, 2011

Oleh Giuseppe Muro

Arsène Wenger telah mengumumkan bahawa Ryo akan berada dalam skuad Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana hari Sabtu dalam pertembungan bersama Liverpool.

Pemain sayap Jepun tersebut telah memperolehi permit yang diperlukan untuk bermain di England dan, selepas menyelesaikan kertas kerja di Jepun pada minggu ini, kini dia mendapat peluang sebagai pilihan.