Wenger - Ryo dalam skuad menentang Liverpool

Friday, August 19, 2011

Oleh Giuseppe Muro

Arsène Wenger telah mengumumkan bahawa Ryo akan berada dalam skuad Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana hari Sabtu dalam pertembungan bersama Liverpool.

Pemain sayap Jepun tersebut telah memperolehi permit yang diperlukan untuk bermain di England dan, selepas menyelesaikan kertas kerja di Jepun pada minggu ini, kini dia mendapat peluang sebagai pilihan.

“Dia adalah salah seorang yang akan ada dalam skuad untuk perlawanan nanti,” kata pengurus mereka pada Jumaat. "Kami sangat teruja dengan kualiti yang dimiliki oleh Ryo, semangatnya dan sikap.

"Semua orang telah diyakinkan bahawa dia akan menjadi pemain Arsenal. Dia memahami kehendak perlawanan, dia sangat pantas, seorang pejuang dan semua ramuan yang anda perlukan bagi seorang pemain dalam paras tertinggi.

“Dia baru berusia 18 tahun dan hadir daripada Kolej bolasepak yang masuk secara terus sebagai pemain profesional. Maka dengan ini kami mahu memberinya peluang untuk menyesuaikan diri dalam Liga Perdana.”


(Sumber: http://www.arsenal.com/)