Arsenal kehilangan peluru: Carragher

Saturday, August 20, 2011

PEMAIN pertahan tengah Liverpool, Jamie Carragher yakin Arsenal mampu ditundukkan pada pertembungan istimewa di Stadium Emirates, hari ini.

Katanya, The Reds memiliki segalanya dan anak didik Kenny Dalglish itu perlu merantai pergerakan Robin van Persie daripada bergerak bebas.

“Tiada apa yang istimewa mengenai Arsenal. Mereka ibarat anak kehilangan ibu kerana tempang di setiap posisi.

“Cesc Fabregas dan Samir Nasri meninggalkan Arsenal manakala Gervinho dan Alex Song dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan,” katanya.

Musim lalu, Arsenal dan Liverpool sama liat selepas masing-masing terikat pada dua aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)