Arsenal sedia buka pintu keluar untuk Clichy

Tuesday, April 5, 2011
Arsenal seperti sudah sanggup kehilangan sayap pertahanan kiri handalan mereka itu.


Oleh Anugerah Pamuji

Arsenal sedang berdepan kemungkinan menjual permain pertahanan kiri mereka, Gael Clichy, ada musim panas akan datang, demikian seperti yang dipetik dari The Poeple.


Arsenal yang pada mulanya berniat mempertahankan Clichy, tidak mendapat persetujuan dari pihak yang berkenaan. Clichy dilaporkan gagal membincangkan berkenaan kontrak baru dan ada desas-desus mengatakan bahawa kehadirannya di Emirates tidak akan lebih lama lagi.

Kontrak Clichy akan berakhir pada 2012 akan datang. Andai Arsenal tidak segera memperpanjangkan kontraknya, kelab akan kehilangan dirinya tanpa mendapat apa-apa keuntungan kerana Clichy akan berstatus sebagai 'free transfer'. Namun bahagian pertahanan The Gunners masih mengharapkan untuk terus mendapat khidmat Clichy.

Kemungkinan  kehilangan Clichy ini kelihatan semakin jelas apabila jurulatih Arsene Wenger mula memerhatikan beberapa pemain pertahanan lain sebagai penganti kepada tempat pemain yang berasal dari Prancis itu.

Beberapa kelab ternama Eropah telah mengintai untuk membawa Clichy keluar dari kelab Utara London itu. Real Madrid turut berharap untuk mendapatkan khidmat Clichy.



(Sumber: http://www.goal.com)