Peminat Tottenham Hotspur dituduh bersikap perkauman semasa berhadapan Real Madrid.
Oleh Taufik Bagus
Emmanuel Adebayor merupakan pemain yang menjadi mangsa aksi perkauman tersebut, yang berupa pekikkan dan ejekan. Penyerang Real Madrid itu sendiri yang menyatakan bahawa dirinya menjadi mangsa perkauman tersebut.
"Kami sudah melakukan segalanya untuk mengelak daripada berlakunya aksi perkauman. Tetapi mereka tetap juga melakukannya, begitulah bagaimana realiti kehidupan," katanya yang dipetik melalui The Sun, Khamis (7/4).
"Samuel Eto'o dan beberapa pemain ternama lain telah menyatakan mengenai hal sedemikian, mereka menyatakannya dengan cara yang lebih baik dari saya, tapi perkara itu itu tidak pernah menghentikan semua ini, jadi apalagi yang boleh anda lakukan," tambah Adebayor.
Jika benar tuduhan Adebayor ini, Tottenham boleh menerima hukuman denda hingga 20 ribu poundsterling kerana perbuatan sedemikian. UEFA akan menjatuhkan denda tersebut selepas mendapat laporan dari pegawai kejohanan.
(Sumber: http://www.goal.com/)
0 Komen:
Post a Comment