Duo Arsenal diragui untuk rombongan ke Blackpool

Thursday, April 7, 2011
Kedua-dua pemain mengalami kecederaan semasa menentang Blackburn dan ketidakhadiran mereka akan menjadi satu tamparan hebat kepada Arsene Wenger apabila pasukannya cuba merapatkan jurang kepada pendahulu liga, Manchester United


Pemain utama tersebut, Theo Walcott dan Alex Song ialah mungkin tidak akan bersama dalam perjalanan penting Arsenal ke Blackpool pada hari Ahad, menurut Guardian.

Pada hujung minggu lepas Walcott kembali selepas sembuh dari satu kecederaan buku lali yang dialami dalam kemenangan 1-0 di laman sendiri menewaskan Stoke pada 24 Februari, yang menyebabkan dia tidak terlibat dalam  kekalahan peringkat akhir Piala Liga menentang Birmingham dan kekalahan di pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Barcelona.


Bagaimanapun, pada hari Sabtu semasa seri tanpa gol menentang Blackburn, pemain sayap tersebut mengalami kecederaan pergelangan kakinya sekali lagi. Dia masih dalam potensi direhatkan tetapi peluang lebih baik daripada Song yang telah mendapat semula kecederaan lutut  sebagaimana yang pernah dialaminya seawal musim bermula..

Kecederaan ini telah menghalang The Gunners untuk mengejar sebarang kejuaraan, dengan kekalahan dalam kedua-dua pertandingan-pertandingan piala dan diekori oleh kehilangan Piala FA kepada Manchester United, serta kemudiannya dijarakkan lagi  dengan pendahulu liga perbezaan tujuh mata, walaupun mereka telah bermain lebih satu perlawanan..

Arsenal, walaupun mendapat peluang baik dengan kembalinya ketua pasukan Cesc Fabregas dari bangku simpanan semasa menentang Blackburn, pemain tengah berumur 19 tahun Emmanuel Frimpong mungkin turut sedia diturunkan bagi skuad utama.

Pemain Ghana itu telah menderita setelah mengalami kerosakan ligamen lututnya semasa pra-musim, tetapi telah pulih secukupnya untuk mula bermain semula. 


(Sumber: http://www.goal.com/)

2 Komen:

  1. Triplei said...:

    x de alasan lagi untuk wenger.

  1. xpe, kali ni dorg menang...ada 7 game lg utk kita saksikan sblm season berakhir...