Laporan khas Arsenal: Kenapa ia begitu sukar sekali di Emirates?

Saturday, April 9, 2011
Ia merupakan 6 minggu yang paling merundum bagi Arsène Wenger sepanjang 15 tahun sebagai pengurus Arsenal. 
Oleh Jeremy Wilson 

Daripada temubual  untuk pemburuan 'empat kejuaraan berganda' dalam piala-piala utama selepas kemenangan ke atas Chelsea dan Barcelona, musim mereka kini semakin layu, dengan Arsenal dikeluaran dari Piala Carling, Liga Juara-juara dan Piala FA dalam jarak masa hanya dua minggu sahaja. Tiga keputusan seri dalam turutan selepas itu di Liga Perdana meninggalkan Arsenal dengan jurang tujuh mata dari pendahuli liga, Manchester United.

Ia merupakan setelah enam tahun sejak Wenger kali terakhir memenangi trofi. Jeremy Wilson memberikan beberapa soalan untuk diajukan kepada kelab. Ia berkenaan dengan 4P. Pengurus, peminat, pemilik dan pemain. Jom kita telusuri apa yang bermain dalam minda Jeremy Wilson ini!




PENGURUS

Adakah ia satu visi yang membawa sinar atau hanya kedegilan mempertahankan idea? Seorang genius dalam dunia bola sepak atau seorang mangsa kepada prinsip-prinsip anehnya sendiri? Beberapa pengurus kelab lain mungkin lebih membangkitkan kemarahan daripada apa yang berlaku kepada Arsène Wenger dan selepas membuat hujah untuk mempertahankan rekod luar biasa Arsenal ketika ini pada Jumaat lepas, perbincangan akan menjadi lebih tertumpu daripada biasa.

Sifat ghairah, tanpa permohonan maaf dan benar-benar pasti dengan strateginya, Wenger menyatakan bahawa Arsenal seharusnya berpuas hati dengan mendapat tempat kedua untuk 20 tahun akan datang. Hujah yang dikatakannya agak lemah tetapi untuk berlaku lebih adil, Wenger cuba untuk menjelaskan bahawa kedudukan Liga Perdana pada waktu ini bukanlah satu kegagalan yang begitu ketara. 

“Selagi mereka berada di tempat ke-2 dalam liga, saya sudah bersiap sedia untuk menandatanganinya untuk 20 tahun akan datang dan mempertahankannya,” katanya. “Marilah berharap agar dalam keseluruhan sejarah selepas ini, kita tidak akan lebih kecewa daripada itu dan dalam 20 tahun berikutnya, mereka [penyokong-penyokong] akan terus merasai kekecewaan tidak lebih sebagaimana hari ini.

“Beberapa kelab di belakang kami turut tidak mendapat apa-apa selama 20 tahun, tetapi kini dengan tiba-tiba sahaja mereka mendapat banyak pujian. Saya tidak memahaminya. Kami masih punyai lapan perlawanan untuk diteruskan dan masih berada dalam saingan untuk satu kejuaraan, jadi biar kami lakukan semaksimum mungkin. Bagaimana anda boleh mengatakan ia sebagai satu bencana apabila kami berada di tempat ke-2 dalam liga? Kalau begitu tidakkah 18 kelab lain di belakang kami mengalami bencana yang lebih hebat lagi?

“Saya hanya boleh berbangga dengan apa yang telah dilakukan oleh pasukan ini. Saya akan cuba mempertahankannya hingga ke akhirnya. Saya perlu berbangga kerana jika kita lihat kembali kenyataan-kenyataan dari media pada permulaan musim, kami langsung tidak disenaraikan dalam 5 pasukan teratas. Kini ia bagaikan sebuah skandal apabila kami berada di tempat ke-2. Masuk akalkah?

“Jika saya tidak mempertahankan fakta itu setelah kami berada di tempat kedua dalam liga dan terus berjuang untuk kejuaraan, adalah lebih baik saya berada di rumah sahaja.”

Seperti biasa, Wenger bercakap berkenaan usia skuadnya dalam persembahan perlawanan. “Usia pasukan ini hanyalah 23 – apabila kami menentang Barcelona, mereka 27,” katanya. “Inilah masanya untuk orang lain memahami apa yang cuba kami lakukan. Pasukan ini benar-benar mengkagumkan untuk apa yang mampu mereka lakukan pada umur seperti mereka. Satu hari nanti orang lain akan memahaminya, tetapi pada waktu ini saya tidak pasti samada mereka dapat memikirkan begitu atau tidak.

“Adakah anda tahu berapa banyak kerja diperlukan serta dedikasi di belakang sesebuah pasukan seperti itu? Berapakah pula kekuatan mental di belakang sesebuah pasukan seperti itu?

“Ada juga pasukan-pasukan yang melakukan pelaburan 10 kali ganda lebih daripada kami — seorang pemain mereka memerlukan kos lebih daripada keseluruhan pasukan  [kami] — dan mereka berada dalam kedudukan di belakang kami dalam liga. Saya tidak faham bagaimana cara orang lain berfikir.


“Apa yang sukar dalam bola sepak adalah bagaimana untuk membina sesebuah pasukan dan bekerjasama dengan para pemain setiap hari. Ia penting untuk bolasepak untuk menggunakan pelbagai cara daripada cuma datang ke sesebuah kelab, meletakkan wang di atas meja dan membeli seorang bintang. Apa yang telah kami lakukan pada waktu ini adalah dengan cara yang betul.”

Wenger juga dicabar tentang teori kejayaan Arsenal itu sepatutnya diukur melalui trofi. “Kejayaan sebenar adalah dengan melakukan semaksimum mungkin dengan bakat yang sedia ada, dan dengan potensi yang anda miliki serta untuk kekal berada di kedudukan teratas,” katanya.

“Untuk menjadi konsisten pada peringkat tertinggi merupakan perkara yang paling sukar dalam pekerjaa kita. Kami telah melayakkan diri dalam Liga Juara-juara selama 15 tahun, hanya terdapat dua buah kelab yang telah melakukannya di negara ini.

“Trofi hanyalah salah satu cara bagaimana untuk mengadili sesebuah kelab. Malangnya mereka tidak dinilai sedemikian, tetapi bolehkah anda menukarkan kemenangan dalam Piala FA untuk bermain dalam Liga Juara-juara?”

Kemudian seorang wartawan mengatakan kepadanya bahawa ia adalah aduan daripada peminat Arsenal sendiri, Wenger membantah. “Jangan  bersembunyi di sebalik apa yang penyokong-penyokong fikirkan, tapi katakan kepada saya apa yang anda fikirkan,” katanya. “Anda tidak tahu apa penyokong-penyokong fikir kerana apa yang mereka tulis sekadar lima peratus sahaja di internet. Terdapat 95 peratus lagi yang lainnya.”

Wenger seperti acuh tak acuh apabila komen-komen Paul Merson, bekas penyerang Arsenal, disebutkan kepadanya. Merson telah berkata bahawa Arsenal kekurangan sesuatu, “mentaliti untuk menang”.

“Saya telah menyelenggarakan hingga mencecah 1,500 perlawanan dan saya telah mendengar banyak pendapat orang lain yang tidak melakukan lebih baik dari ini,” katanya. “Saya sudah bersiap-sedia untuk melakukannya tetapi belum bersedia untuk memberi sebarang komen terhadapnya. Kita hidup dalam sebuah masyarakat yang mana setiap orang punyai pelbagai pendapat dan hanya sedikit dari mereka yang melakukan sesuatu.”

Masa hadapan Wenger sendiri telah diperpanjangkan, dan dengan kontraknya kini yang akan berterusan sehingga 2014, dia dengan jelas menjangka bahawa dia akan terus berkhidmat dan boleh membuktikan sesuatu.

“Saya tidak pernah terfikir untuk keluar,” katanya. “Saya sayangkan kelab ini dan akan cuba melakukan semaksimum mungkin untuk mereka. Bila saya mengikat untuk sesebuah komitmen, saya akan memberikan semuanya sebaik mungkin. Pada penghujung musim nanti saya akan menoleh kebelakang dan melihat kembali apa yang telah kami lakukan dengan betul dan apa yang tidak.

“Kini, ia adalah satu ketika yang genting di mana kita perlu mempercayai setiap pemain-pemain ini dan tidak mendengar pendapat orang lain yang tidak bekerja separuh hari pun dalam bolasepak.”  


PEMINAT

Sepanduk-sepanduk sudah diketahui umum: “Arsène knows (Arsène lebih mengetahui)” atau “In Arsène we trust (Kepercayaan kami kepada Arsene)”. Dengan bangganya mereka mempamerkannya di Emirates untuk setiap kali perlawanan di laman sendiri, namun di sekitar pertengahan stadium, terdapat satu lagi kenyataan visual yang semakin mencabar pandangan tersebut. Ia senarai setiap trofi penting pernah dimenangi Arsenal dan kejayaan pasukan Wenger semenjak 1998 dan 2005 jelas kelihatan, namun jurang sejak 2005 itu juga semakin jelas kelihatan.


Dengan perdebatan semakin hangat antara penyokong Arsenal terhadap strategi kelab, serta masa depan Wenger, suasana di Emirates telah menjadi semakin lengang. Sabtu lepas selepas keputusan seri tanpa gol menentang Blackburn, ia disambut dengan ejekan dan pergelutan meletus diantara beberapa penyokong Arsenal dalam satu perdebatan hangat tentang Wenger. Kekecewaan terus bertambah dengan harga tiket kelab — antara tertinggi di dunia — dan prospek kenaikan-kenaikan lebih lanjut pada musim akan datang.

Pada hari Khamis lepas, the Arsenal Supporters Trust, mengeluarkan satu kenyataan dengan menyatakan “banyak kekecewaan” pada keputusan terkini. Satu tinjauan peminat-peminat oleh AST sebelum ini mendapati majoritinya bersetuju bahawa falsafah bolasepak oleh Wenger diberikan terlalu banyak keutamaan daripada objektif untuk mendapatkan trofi-trofi kemenangan.

Pete Wood, yang menjalankan laman web Le Grove berkata bahawa kebanyakan peminat-peminat tidak berpuas hati dan mahu Wenger digantikan. “Saya pemegang tiket langganan semusim, saya menjalankan sebuah laman web dan bercakap kepada ramai peminat Arsenal dan majoritinya tidak gembira,” katanya. “Kekecewaan ini kerana kita telah berpeluang untuk mendapat sesuatu pada tahun ini tetapi kami seolah-olah berada dalam satu kitaran yang mana perkara seperti kegagalan sama berlaku di setiap musim.

“Saya rasa pengurus tersebut terlalu asyik untuk membuktikan sesuatu sehingga hampir kehilangan naluri untuk berjaya.”


PEMILIK

Akar tunjang di Arsenal kekal dengan masih tidak dapat dipastikan dan dengan pelbagai bahagian. Perebutan pemilikan telah banyak berlaku sejak tahun-tahun kebelakangan ini, walau bagaimana pun perkongsian strategik Stan Kroenke bersama Danny Fiszman yang memegang kuasa imbangan, majoriti dari kelab tersebut masih dimiliki oleh pemegang saham tanpa perwakilan jawatankuasa.

Saham terbahagi dalam empat blok utama. Kroenke memiliki 29.9 peratus, merupakan pemegang saham individu terbesar. Dia telah ditawarkan ke dalam jawatankuasa pada tahun 2009 dan terdapat satu andaian bahawa Fiszman, yang telah menghadapi kanser, akan memberi beliau tawaran utama untuk 16.1 peratus kepentingannya.

Kroenke, yang juga memiliki Amerikan Football, bola keranjang, hoki ais dan pasukan-pasukan bolasepak di Amerika Syarikat, telah sengaja melibatkan dirinya dalam mendapatkan 30 peratus pemilikan di Arsenal, salah satu sebab bagi mana-mana pemegang saham untuk membolehkan mereka mendapatkan tawaran pengambilalihan penuh.

Pemegang saham kedua terbesar ialah Alisher Usmanov, seorang jutawan dari Uzbekistani, seperti Kroenke,  mampu membeli kelab tersebut tanpa sebarang masalah. Usmanov telah menjadikan kepentingan dalam kelab melebihi 27 peratus. Dia juga mempunyai pilihan untuk satu pengambilalihan penuh, terutama seperti pembelian saham dari pemegang saham keempat utama, Lady Bracewell-Smith yang telah meletakkan 15.9 peratus sahamnya untuk dijual.

Bagaimanapun, masalah untuk Usmanov adalah, andai sekalipun dia mampu membeli saham Bracewell-Smith — dan menjadikan kepentingannya kepada 43 peratus – terdapat keraguan sama ada dia akan mendapat cukup sokongan untuk mencapai majoriti.

Apa yang paling nyata adalah sambutan yang paling memungkinkan adalah melalui Kroenke dengan melibatkan dirinya dengan 46 peratus milikian setelah membeli kepentingan Fiszman dan seterusnya boleh dijadikan sebagai calon terbaik untuk menarik sejumlah usul oleh pemegang-pemegang saham kecil, seperti pengerusi Peter Hill-Wood. 


PEMAIN

Kepercayaan Arsène Wenger yang telah dutunjukkan kepada pemain pasukan ini yang masih belum membuktikan sesuatu dilanjutkan dengan soalan yang mudah: adakah mereka semua benar-benar cukup bagus?

Beberapa orang dari mereka boleh diragukan tentang kualiti bertaraf dunia mereka seperti Cesc Fabregas, Robin van Persie, Jack Wilshere dan Samir Nasri serta potensi Wojciech Szczesny, Theo Walcott, Alex Song and Thomas Vermaelen.

Namun masih belum ada juga tanda-tanda peningkatan yang telah Wenger lakukan dalam membuang kebiasaan tanpa menjulang sesuatu. Maka dengan itu dia harus membelanjakan wang yang lebih untuk menambah teras skuadnya dengan sedikit pengambilan pemain yang sedia berbakat serta mempunyai pengalaman dalam merebut kemenangan trofi.

Ia merupakan nasib malang dengan kecederaan yang menimpa Lukasz Fabianski and Szczesny, tetapi mengakhiri musim dengan kembalinya Manuel Almunia sebagai penjaga gol adalah sesuatu yang amat dikesali berikutan kesilapan-kesilapannya sehingga membawa kepada percubaan untuk mendapatkan pemain pengganti. Denilson, Sebastien Squillaci, Tomas Rosicky dan Nicklas Bendtner adalah di kalangan pemain lain yang dilihat oleh penyokong-penyokong sebagai pertambahan kepada kegusaran mereka.

Dalam perlawanan Sabtu lepas yang menyaksikan Arsenal seri tanpa gol dengan Blackburn, Wenger menaikkan kening apabila beliau berkata bahawa dia tidak tahu jika dia telah membawa pasukannya sejauh mana yang boleh. Namun semalam, dia telah kembali untuk mempertahankan pemain-pemainnya.

“Kritikan tidak menyakitkan saya secara peribadi tetapi ia mengganggu saya jika  para pemain tidak mendapat pengiktirafan untuk apa yang mereka telah lakukan sejak permulaan musim,” katanya. “Jika saya lihat pasukan ini, saya berbangga dengan mereka, berbangga dengan sikap setiap pemain dan cara permainan bolasepak yang kami mainkan.”

Bagaimanapun, bahaya yang sebenar-benarnya adalah pemain-pemain bertaraf dunia ini akan menjadi kecewa dan akan berminat untuk berjuang dalam menyertai kelab-kelab yang sering memenangi kejuaraan.


(Sumber: http://www.telegraph.co.uk/)