Everton pertahankan Phil Jagielka, sedia lepaskan Jack Rodwell

Monday, July 25, 2011
Jagielka akan dipertahankan meskipun Arsenal sedia memberikan tawaran baru.


Oleh Henry AA

Tawaran Arsenal dengan jumlah £10 juta untuk Jagielka telah ditolak oleh Everton. Jurulatih David Moyes bertekad untuk berusaha keras mempertahankan pemain pertahannya itu.

Meskipun the Gunners dilaporkan bersedia untuk memberikan tawaran yang lebih besar, namun Moyes berkemungkinan tidak akan melayaninya dan akan tetap dengan pendiriannya.

Gervinho buat Wenger senyum


COLOGNE - Arsene Wenger akhirnya mempunyai alasan untuk tersenyum selepas pemain baru, Gervinho meledak dua gol pada penampilan sulungnya, membantu Arsenal menumpaskan Cologne 2-1 pada aksi persahabatan di Rhein-Energie Stadion, kelmarin.

Wenger yang dibelenggu spekulasi kemungkinan Samir Nasri dan Cesc Fabregas meninggalkan Emirates, menarik nafas lega selepas menyaksikan penyerang kelahiran Ivory Coast yang baru dibeli dari Lille itu menyinar menerusi dua gol dalam tempoh sembilan minit.

Rombak benteng jika mahu mara


Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

SINGAPURA - "Buat perubahan drastik pada bahagian pertahanan jika mahu layak ke peringkat seterusnya". Itu amaran Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin selepas Malaysia kalah 3-5 kepada Singapura kelmarin.

Jelasnya, jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal harus melakukan perubahan drastik ekoran aksi buruk bahagian pertahanan pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia di republik itu kelmarin.

"Pertahanan kita terlalu lemah dan banyak memberikan ruang kepada lawan terutamanya gol kelima Singapura melalui Aleksandar Duric. Ia menyerlahkan kegagalan pertahanan kita mengunci pemain lawan.

Safee tekad gegar lagi

Peledak negara yakin Harimau Malaya mampu balas dendam


PENYERANG prolifik negara, Safee Sali mengakui perasaannya bercampur baur walaupun dua kali merobek gawang Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, kelmarin.

"Saya gembira, tetapi pada masa sama sedih kerana dua jaringan saya itu masih gagal membantu skuad negara menewaskan lawan," kata penyerang Pelita Jaya itu.

Safee membuktikan ketajaman berterusan selepas merobek gawang Liverpool dua kali baru-baru ini dan malam kelmarin, sekali lagi menyumbat dua gol untuk Harimau Malaya.

FIFA gantung Hammam seumur hidup

ZURICH - Pemimpin bola sepak Asia, Mohamed Hammam, 62, digantung daripada sebarang kegiatan sukan itu untuk seumur hidup semalam, selepas didapati terlibat dalam rasuah, umum Jawatankuasa Tatatertib FIFA setelah perbicaraan dua hari.

Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dari Qatar itu didakwa cuba merasuah beberapa pegawai bola sepak Caribbean dengan tunai A$40,000 (RM119,000) bagi mengundinya pada pemilihan presiden FIFA.

Menurut seorang pemberi maklumat, Hammam dikatakan cuba membeli undi dengan mengagihkan sampul surat berisi wang tunai sewaktu mesyuarat Kesatuan Bola Sepak Caribbean CFU di Port of Spain, Trinidad Tobago pada 10-11 Mei lalu.

Berita bola sepak hiasi muka depan akhbar Singapura


SINGAPURA - Permusuhan di antara Singapura dan Malaysia dalam saingan bola sepak sentiasa menghidupkan satu suasana meriah serta ketegangan tidak kira di kalangan pemain mahu pun penyokong kedua-dua pasukan.

Ternyata kemeriahan itu turut diterjemahkan dalam akhbar-akhbar utama Singapura semalam yang melaporkan tentang aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 membabitkan kedua-dua pasukan di Stadium Jalan Besar di sini malam kelmarin.

Keputusannya, Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura sebelum mereka bertemu lagi pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini.

Penyokong Singapura geruni sorakan Ultras Malaya


KUALA LUMPUR - Biarpun tewas 3-5 kepada Singapura dalam perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu, kehadiran lebih 1,000 penyokong negara tetap mencuri tumpuan termasuklah media negara itu.

Portal berita Today Online melaporkan kehadiran sekumpulan penyokong yang dikenali sebagai Ultras Malaya yang agresif dan bersemangat bakal memberi masalah besar, apabila pasukan kendalian Radojko Avramovic bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan timbal balik Khamis ini.

Menerusi tajuk berita Prepare for Ultras, portal itu melaporkan Singapura bakal berhadapan dengan lebih ramai penyokong Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang akan memainkan peranan sebagai 'pemain ke-12'.

Patrick Vieira: Arsenal perlu seseorang seperti saya untuk memenangi liga

Bekas ketua pasukan Arsenal Patrick Vieira mendakwa bahawa pasukan kendalian Arsene Wenger memerlukan pemain lain yang sepertinya jika mereka mahu dinobatkans sebagai pemegang gelaran juara Liga Perdana.


Pemain tengan bersara tersebut, yang mana kini merupakan eksekutif pembangunan bolasepak di Manchester City berkata bahawa skuad the Gunners kekurangan  dari segi fizikal berbanding lawan mereka seperti City, Chelsea dan Manchester United.

Dan Viera berkata, sehingga mereka belajar untuk mengorbankan kemashyuran kepada keberanian, mereka akan terus gagal memperoleh kejayaan di akhir musim.

Trio baru Liverpool belum selesa


KEDUDUKAN tiga ‘pendatang’ baru ke Anfield Jordan Henderson, Stewart Downing and Charlie Adam dalam kesebelasan utama, masih belum terjamin.

Pengurusnya Kenny Dalglsih mahu ketiga-tiga pemain itu membuktikan kemampuan mereka sebelum dibenarkan beraksi dalam pasukan utama menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris, musim depan.

Peru ketiga terbaik


LA PLATA, Argentina - Paolo Guerrero meledak hatrik bagi membantu Peru mencatat kemenangan 4-1 ke atas Venezuela pada aksi penentuan tempat ketiga pada kempen Copa Amerika 2011 awal pagi semalam.

Kemenangan itu turut menyaksikan Peru berjaya menaiki podium buat julung-julung kalinya dalam tempoh 28 tahun.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Ciudad de La Plata itu, William Chiroque membuka tirai jaringan pada minit ke-41 sebelum Guerrero meledak gol kedua minit ke-63.