Trio baru Liverpool belum selesa

Monday, July 25, 2011

KEDUDUKAN tiga ‘pendatang’ baru ke Anfield Jordan Henderson, Stewart Downing and Charlie Adam dalam kesebelasan utama, masih belum terjamin.

Pengurusnya Kenny Dalglsih mahu ketiga-tiga pemain itu membuktikan kemampuan mereka sebelum dibenarkan beraksi dalam pasukan utama menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris, musim depan.

“Jika mahukan tempat, mereka perlu bekerja keras dan pamer aksi lebih memberangsangkan jika bersungguh mahukan tempat utama. Kami sudah beri peluang, jadi saya mahu mereka buktikan dan tidak mensia-siakan peluang tersebut,” katanya.

Aksi ditunjukkan Henderson dan Downing pada perlawanan persahabatan menentang Hull City ketika tewas 3-0 belum cukup layak mempengaruhi kepercayaan Dalglish untuk menyenaraikan mereka dalam kesebelasan utama.

Bagaimana, peluang trio baru ini membuktikan kemampuan masing-masing terbuka kerana masih ada dua lagi perlawanan persahabatan pada minggu hadapan. 


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)