Patrick Vieira: Arsenal perlu seseorang seperti saya untuk memenangi liga

Monday, July 25, 2011
Bekas ketua pasukan Arsenal Patrick Vieira mendakwa bahawa pasukan kendalian Arsene Wenger memerlukan pemain lain yang sepertinya jika mereka mahu dinobatkans sebagai pemegang gelaran juara Liga Perdana.


Pemain tengan bersara tersebut, yang mana kini merupakan eksekutif pembangunan bolasepak di Manchester City berkata bahawa skuad the Gunners kekurangan  dari segi fizikal berbanding lawan mereka seperti City, Chelsea dan Manchester United.

Dan Viera berkata, sehingga mereka belajar untuk mengorbankan kemashyuran kepada keberanian, mereka akan terus gagal memperoleh kejayaan di akhir musim.

‘Sejak meninggalkan Arsenal, terdapat ramai pemain, sebuah generasi baru dan mungkin filosofi yang baru kerana Arsenal sering bermain dalam permainan bolasepak menarik berbanding apa yang kami lakukan pada zaman kami," kata pemain berasal dari perancis tersebut.

‘Namun pasukan kami mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan bertindakbalas lebih baik dalam perlawanan di Inggeris. Kami miliki segalanya dan mungkin Arsenal kini kekurangan aspek fizikal dalam perlawanan.

‘Jika anda lihat Manchester United, Chelsea dan City, aspek fizikal perlawanan terdapat pada mereka.

‘Masalah terbesar yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini terdapat perbezaan fizikal diantara Arsenal dengan kelab-kelab lain.’

Vieira memenangi tiga kali gelaran juara liga dan empat Piala FA sepanjang berada di Utara London, dan sejak dia meninggalkan Arsenal pada 2005, the Gunners gagal memperolehi sebarang trofi.

Pemain berusia 35 tahun tersebut khuatir kekurangan pemain lama mungkin akan menjadikan masalah buat Wenger, jika pemain yang berpengalaman tidak mendapat gantian yang betul.

‘Lihat pada penjaga gol sebelum ini, kita dapat melihat personaliti dengan kehadiran David Seaman,’ tambahnya.

‘Di bahagian pertahanan mereka punya pemain seperti (Tony) Adams, (Steve) Bould dan (Martin) Keown dan kehadiran saya bersama Emmanuel Petit di bahagian tengah - ia sesuatu yang besar, berfizikal,  pasukan yang menggerunkan.’


(Sumber: http://www.metro.co.uk/)