10 pemain Italy paling bermasalah dalam sejarah

Sunday, March 27, 2011
10) Giorgio Chinaglia
Suatu ketika dahulu nama Chinaglia begitu besar di Rom sehingga cerita Pope akan berada di muka surat ketiga akhbar tempatan untuk memberi laluan buat kisah penyerang yang telah menyumbat 98 gol di Lazio sepanjang tahun 1969 dan 1976.

Beliau jugalah bintang yang membawa kemenangan Scudetto pada tahun 1974 sekali gus, bergelar Capocannoniere kerana berjaya meledak paling banyak gol.

Selain pencapaian hebatnya, Chinaglia juga dikenali dengan perangai kontroversinya dan menyebabkan karier bersama Itali musnah. Sewaktu perlawanan menentang Haiti dalam Piala Dunia, Chinaglia digantikan dan hal ini menyebabkan dia menyumpah jurulatih, Ferruccio Valcareggi.

Seterusnya dia membuat helah dengan mengotorkan bilik persalinan. Selepas itu, dia berpindah ke Amerika Syarikat untuk bermain bersama New York Cosmos namun, perkara yang sama terjadi apabila dia bergaduh dengan rakan sepasukan, Pele.

9) Christian Vieri
Seorang yang sensitif. Sewaktu zaman kegemilangannya Vieri adalah penyerang terbaik dunia. Pemain yang baru sahaja bersara itu juga tidak mempunyai hubungan baik dengan media apabila jarang mahu ditemu bual dan pernah memberitahu kepada media, dia adalah lebih dari lelaki yang media gambarkan.

Dia juga merungut mengenai kelabnya, Inter Milan sebelum mengambil tindakan mahkamah ke atas bekas kelabnya itu kerana mengintip kehidupannya secara haram berhubung penyiasatan Calciopoli.

Kisah cintanya juga kelam-kabut apabila kebanyakan wanita yang didekatinya terdiri daripada pelakon di Itali termasuk Elisabetta Canalis dan Melissa Satta.:

8) Francesco Flachi
Salah seorang penyerang yang tidak mampu mengawal sikapnya ketika di luar padang. Pada 2006 Flachi digantung dua bulan kerana berjudi secara haram sebelum menerima penggantungan dua tahun bagi tahun berikutnya akibat pengambilan kokain.

Tidak lama selepas kembali beraksi tahun 2009, Flachi ditahan lagi kerana penggunaan kokain dan kali ini dia digantung selama 12 tahun.

7) Pasquale Bruno
Pemain paling tidak terkenal dalam bola sepak Itali selepas persaraan Claudio Gentile. Bruno digelar ‘Binatang’ kerana sikapnya yang kasar ketika mempertahankan bola. Bekas pemain Juventus itu pernah digantung lapan perlawanan selepas menyerang pengadil serta semua rakan sepasukan yang cuba menghalangnya.

Bruno mampu menggelecek dengan kasar dan memperoleh banyak kad ketika kariernya. Selain pernah membuat simbol mengerat leher kepada semua yang duduk di bangku Ireland selepas menendang salah seorang pemain di buah pinggang.

Dia juga pernah mengeluarkan kenyataan berbunyi, “Pari-pari (pemain bola sepak) hanya mengambil tahu mengenai subang, tatu, kelab malam dan membeli-belah,” ditambah dengan kata-kata “Saya akan memberi Zlatan Ibrahimovic pengajaran.”

6) Omar Sivori
Sivori sentiasa dikenang sebagai salah seorang pemain Juventus dan Serie A yang hebat tetapi juga seorang yang panas baran. Pemain Bola Terbaik Eropah 1961 juga terlibat dengan konfrontasi dengan lawan dan pengadil.

Bagaimanapun, dia meninggalkan Bianconeri pada tahun 1965 selepas melakukan aksi ganas ke atas jurulatih, Heriberto Herrera.

5) Marco Materazzi
Salah seorang pemain yang paling dibenci dan tidak difahami di dunia, Materazzi boleh dianggap sebagai pengganas tiada bakat sepanjang kariernya tahun 2006.

Sandiwara yang dimainkannya dengan ekspresi wajah yang menjengkelkan termasuk permainan kasar menjadikan dia antara musuh yang tidak digeruni lawan.

4) Mario Balotelli
Walaupun hanya berusia 20 tahun penyerang kelahiran Sicily ini telah bergaduh dengan kebanyakan rakan sepasukannya, pihak lawan, jurulatih dan peminat. Antara kata-kata yang membawa kontroversi diucap olehnya adalah, “Saya warganegara kelas kedua”, dan berkata mengenai Cristiano Ronaldo, “ Seseorang yang saya tidak suka”. Dia juga pernah mengakui menyokong Milan ketika bersama Inter. Selain tidak mahu menyertai Manchester City sebaik sahaja tiba dan pernah mendakwa tidak pernah mendengar mengenai pemain berbakat Arsenal, Jack Wilshere.

3) Paolo Di Canio
Salah seorang pemain hebat dari Itali yang tidak pernah bermain untuk Itali, Di Canio telah dijual oleh Juventus selepas bergaduh dengan jurulatih, Giovanni Trapattoni selain menolak pengadil, Paul Alcock selepas dibuang padang ketika menentang Arsenal.

Kerana masalah itu Di Canio digantung 11 perlawanan. Sebelum itu, dia bergaduh dengan pengurus, Ron Atkinson dan Danny Wilson dan telah dilayangkan dua kad kuning.

2) Claudio Gentile
Gentile antara pemain yang kejam dan kasar apabila menjejakkan kaki ke padang. Dia menjadi terkenal setelah menghantar Diego Maradona keluar padang pada Piala Dunia 1982 selain, mengoyakkan baju Zico pada perlawanan sama.

Mario Kempes pernah mengeluarkan kenyataan mengenai Gentile “Jika anda ke tandas, Gentile akan ikut anda ke sana.”

1) Antonio Cassano
Dilahirkan sehari selepas Itali memenangi Piala Dunia 1982, ‘El Pibe de Bari’ dikatakan sebagai pemain paling berbakat apabila mula mencetus fenomena pada usia 17 tahun setelah menyumbat gol untuk Bari ketika menentang Inter.

Cassano mempunyai buku autobiografi yang bertajuk Vi Dico Tutto atau Saya Memberitahu Anda Segalanya. Di dalam buku tersebut ada mengatakan dia pernah bergaduh dengan jurulatih, Luciano Spalletti “Anda tidak mengajar semua pemain tidak guna itu di Udinese, itu bukan rumah awak tetapi rumah saya.”