Target Arsenal Benatia enggan tinggalkan Udinese

Wednesday, March 30, 2011
Udinese tidak tewas dalam 13 perlawanan terakhir dan berpeluang muncul dalam Liga Champions.

Oleh Gunawan Widyantara

Pemain pertahanan Udinese, Mehdi Benatia membenarkan Arsenal cuba memikatnya untuk pindah ke London, tetapi dia mendakwa bahagia di Friuli dan enggan mengembara ke England. The Gunners diberitahu mula meninjau Benatia atas permintaan Samir Nasri.

"Saya bahagia di Friuli dan hanya memikirkan Udinese," kata Benatia dalam sebuah sidang media.

"Saya menandatangani kontrak untuk jangka masa lima tahun dan tidak mahu pergi sebelum ia berakhir. Sejak pertama kali menyertainya, saya tahu Udinese adalah sebuah kelab yang hebat."

"Saya belajar banyak dari rakan sepasukan seperti Cristian Zapata dan Andrea Koda. Mereka merupakan pemain yang baik dan berpengalaman. Pasukan ini mempunyai hubungan yang akrab di dalam dan luar padang."

Udinese tidak tewas dalam 13 perlawanan terakhir mereka dan berpeluang muncul dalam Liga Champions.

"Udinese bertunjangkan pemain berkualiti dan jika melihat baki perlawanan, saya rasa kami berpeluang melakukan lebih banyak perkara-perkara hebat di masa hadapan.



(Sumber: http://www.goal.com/)