Manchester United paling di benci di England

Wednesday, March 30, 2011
United mendapat 26 peratus daripada 1000 orang bancian.

Oleh Dede Sugita

Satu tinjauan dilakukan secara online oleh Online Opinions untuk mengetahui perusahaan yang mana paling dibenci di England. Perusahaan yang dimaksudkan di sini adalah organisasi yang mengaut keuntungan, termasuk juga kelab bolasepak.

Tahukah anda siapa yang menjadi ‘juara’? Manchester United! Ya, kelab paling berjaya di negara Big Ben dalam Liga Perdana Inggeris itu diletakkan dalam senarai pertama dengan jumlah perolehan suara sebanyak 26 peratus daripada 1000 orang yang mengikuti bancian tersebut.

Ironisnya, The Red Devils adalah satu-satunya kelab bolasepak yang termasuk dalam senarai, ataupun paling kurang bagi 11 undian terbanyak.

“Manchester United mungkin menjadi mangsa oleh kejayaan mereka sendiri sertacara penilaian terhadap mereka oleh penyokong kelab lawan, namun perkara tersebut berbeza untuk organisasi lain bagi bank dan perusahaan keperluan sehari-hari,” demikian ujar seorang jurucakap Online Opinions apabila nama The Red Devils dipaparkan di tempat teratas.

“Bank-bank memperoleh jutaan pound sterling untuk menyelamatkan diri dari orang awam kemudian memberikan jutaan pund sterling untuk bonus ketika negara sedang berada dalam masalah ekonomi, jadi tidak menghairankan jika mereka amat tidak disukai. Dan perusahaan yang menguruskan keperluan sehari-hari, mereka terus menaikan harga barangan apabila orang awam mengalami kesulitan untuk membayarnya, tetapi mereka secara terus-menerus memperoleh banyak keuntungan,” lanjutnya.

“Sedangkan untuk perusahaan-perusahaan lainnya, alasannya lebih bersifat pribadi. Ryanair mungkin merupakan syarikat penerbangan terkenal di Great Britain kerana harga tambang murahnya. Walaupun begitu, para penumpang tetap mengeluhkan terhadap bayaran yang harus mereka keluarkan untuk membiayai tempat simpanan bagasi mereka atau pembiayaan tempahan melalui kad kredit.”

Berikut merupakan hasil lengkap bancian Online Opinions:

• Manchester United - 26%
• Ryanair - 23%
• British Gas - 22%
• McDonald's - 19%
• RBS - 17%
• Lloyds Bank - 16%
• Starbucks - 14%
• BT - 13%
• Sky - 13%
• easyJet - 10%
• Network Rail - 9%



(Sumber: http://www.goal.com/)