Hubungan kami dengan Arsenal tidak baik

Monday, March 28, 2011
Pengarang: Ben Moss
Presiden Barcelona Sandro Rosell mengakui bahawa pengejaran berlarutan terhadap pemain tengah Arsenal, Cesc Fabregas kelihatan akan berakhir dengan kegagalan sekali lagi pada musim panas ini selepas dia mempersoalkan permintaan €50 juta dari kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Pemain berusia 23 tahun itu berkeinginan untuk kembali ke kelab sejak usia kecilnya yang ramai telah ketahui, dalam pada yang sama pasukan Catalan itu sering menggembar-gemburkan berita tersebut melalui media mereka yang berat sebelah, namun Rosell mendakwa bahawa pasukan pilihan Liga Juara-juara itu tidak akan menyediakan wang sedemikian untuk mendapatkan khidmat pemain tengah pilihan Piala Dunia itu.

Rosell memberitahu the Daily Telegraph: "Barca tidak akan menyediakan bayaran €50 juta kepada Cesc Fabregas pada musim panas depan."

"Ia telah diputuskan dan, walaupun [Pep] Guardiola menuntut pemain ini, kami tidak akan membayar harga sedemikian.

"Ia agak mustahil hanya kerana alasan yang mudah. Dalam bolasepak, harga pemain akan berkurangan setiap tahun dan, andai kami tawarkan kepada Arsenal sebanyak €40 untuk mendapatkan Fabregas pada tahun lepas, 50 juta pada kali ini mustahil.

"Jika jurulatih menuntut untuk mendapatkan Cesc juga, kami akan berunding bersama the Gunners tetapi dengan had yang betul dan munasabah, jika perbincangan itu tidak kelihatan menjadi, kami akan menunggu untuk peluang-peluang yang lain.

Rosell turut beranggapan bahawa hubungan antara kedua-dua kelab semakin menipis berikutan pengambilan salah seorang pemain muda berbakat oleh Arsenal iaitu Jon Miguel Toral.

"Hubungan kami bersama Arsenal tidak begitu baik - (Jon Miguel) Toral tidak menggembirakan kami," katanya. "Masa hadapan Cesc di dalam tangannya dan kami hanya mampu melakukan rundingan dengan Arsenal jika Guardiola mendesak.

"Hanya dengan sebarang harga yang munasabah untuk meningkatkan kuasa wang rundingan."



(Sumber: http://www.sport.co.uk/)