Van Persie diharap berakhir hujung minggu

Wednesday, March 30, 2011
Penyerang Arsenal itu diharap tidak mengalami kecederaan serius selepas pertarungan untuk pasukan Belanda.

Oleh M Yanuar F

Robin Van Persie kembali ke Arsenal daripada tugas antarabangsa untuk mewakili pasukan kebangsaan Belanda pada peringkat kelayakkan Piala Eropa 2012 dalam keadaan mengalami kecederaan.

Van Persie mendapat kecederaan tersebut selepas menerima terjahan Vilmos Vanczak apabila Belanda menang 5-3 ke atas Hungary semalam. Hasil pemeriksaan awal menunjukkan bahawa pemain ini mengalami kecederaan buku lali.

Situasi ini sedikit sebanyak membuatkan keresahan kepada skuad Belanda. Ini kerana untuk mengembalikan pemain yang mengalami kecederaan selepas selesai tugas mewakili negara ke kelab semula bukanlah sesuatu yang baru yang mereka lakukan.

Arjen Robben sebelum itu, pada kejohanan Piala Dunia 2010 telah direhatkan daripada bermain untuk skuad Bayern Muenchen untuk separuh musim kerana kecederaannya. Bayern turut menuntut ganti rugi di atas kecederaan yang dialami oleh Robben.

Oleh kerana itulah juga Bert Van Marwijk mengharapkan agar situasi demikian tidak berlaku kepada Van Persie. Dia berharap agar Persie tidak mengalami kecederaan serius dan boleh beraksi pada hujung minggu ini.

"Robin mendapat hantaman di pahanya melalui lutut. Jika bernasib baik, dia boleh beraksi untuk Arsenal pada hujung minggu ini," tambahnya.


(Sumber: http://www.goal.com/)