Wilshere 'EA Sport Player of the Month'

Friday, April 1, 2011

Jack Wilshere adalah 'EA Sport Player of the Month' untuk sepanjang bulan Mac.


Pemain berusia 19 tahun ini telah tewas kepada Robin van Persie pada bulan Februari untuk anugerah tersebut tetapi dia memenangi tinjauan terakhir ini untuk merangkul anugerah buat kali pertama.
Jack sangat layak untuk anugerah demikian. Arsenal bergelut dalam beberapa perlawanan sepanjang bulan Mac tetapi pemain tengah muda England ini cemerlang untuk kelab dan negaranya.

Tiada siapa yang lebih tertekan apabila pasukan Arsène Wenger kalah kepada Barcelona di Nou Camp dan ia menguatkan cita-cita serta keazaman Jack untuk terus membantu menyelamat Arsenal mendapatkan satu mata semasa menentang West Brom.

Ketabahan serta teknik dari remaja tersebut membuatkan dia memperolehi 64.5 peratus dari undian, lebih 50 peratus yang diperoleh Arshavin yang berada di tempat ke-2. Van Persie pula mendapat tempat ke-3 untuk pungutan suara sepanang bulan Mac tersebut.


Nama pemain                             % undian
Jack Wilshere                               64.5
Andrey Arshavin                          15.0
Robin van Persie                           7.2
Others                                            13.3






(Sumber: http://www.arsenal.com/)