Kelab diminta jaga sikap terhadap pengadil

Friday, April 1, 2011
Kelab Liga Perdana Inggeris telah bersetuju agar menjaga sikap terhadap pegawai yang bertugas bermula pada musim hadapan.

Oleh Taufik Bagus


Pemain dan jurulatih kelab-kelab Liga Perdana Inggeris tidak boleh lagi mengulas sinis mengenai pegawa yang bertugas bermula pada musim hadapan. Ini kerana telah ada persetujuan yang disepakati bersama untuk tidak mengkritik, menyindir mahupun memaki pengadil dan pembantunya samada sebelum, semasa mahupun selepas perlawanan.


Perkara ini diusulkan kerana banyak terlihat pemain mahu pun jurulatih sering mempertikaikan, bahkan memaki hamun pengadil serta pembantunya andai mereka beranggapan bahawa pengadil atau pembantunya telah membuat satu keputusan yang dianggap tidak tepat.

Seperti yang dijelaskan oleh ketua eksekutif Liga Perdana Richard Scudamore, ada keinginan dari kelab dan jurulatih untuk memperbaiki keadaan yang sedia ada.

"Kami telah melakukan pertemuan hari ini dan semua kelab setuju dan menyokong penuh idea ini apabila musim hadapan bermula untuk meningkatkan standard. Kami ingin memperbaiki sikap kami," katanya seperti yang dipetik oleh Reuters, Jumat (1/4).

"Kami tidak boleh menjanjikan apa-apa mengenai cara mengolah sesuatu perlawanan atau proses disiplin pada lapan baki perlawanan musim ini, tapi kami hanya boleh memulakannya untuk musim hadapan."

"Kami berharap, jika waktunya telah tiba pada 13 Ogos, kita boleh menjalankan kempen ini yang kita harapkan mampu mengurangi insiden itu dari berulang."

"Kami harus lebih fokus kepada hubungan antara pemain dan pengadil atau jurulatih dengan pengadil pada masa ini karena seperti yang kita semua tahu ada sejumlah elemen sikap yang masih tidak boleh diterima," tambah Scudamore.

(Sumber: http://www.goal.com/)