Mourinho buat pendedahan

Monday, March 28, 2011
PARIS - Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho mendedahkan bahawa dia sebenarnya hampir membimbing skuad kebangsaan England selepas meninggalkan Chelsea pada 2007.
Mourinho berkata, tawaran bagi menjadi jurulatih skuad Three Lions hadir beberapa jam sebelum beliau membuat keputusan untuk terus membimbing pasukan berstatus kelab.
"Selepas meninggalkan Chelsea, saya melalui bulan pertama yang menakjubkan.
"Saya telah pergi ke Afrika Selatan dan Jepun bagi melakukan beberapa perkara yang tidak dapat saya lakukan ketika menjadi pengurus Chelsea.
"Perasaan itu tidak seperti ketika saya membimbing Chelsea buat kali pertama menjuarai liga selepas setengah abad. Ia tidak terhenti begitu sahaja.
"Saya berjaya melakukannya sekali lagi pada musim berikutnya, namun segala-galanya musnah dalam musim ketiga saya bersama Chelsea," kata Mourinho.
Beliau mengakui ada menerima tawa- ran daripada beberapa buah kelab yang berminat bagi mendapatkan khidmatnya tetapi lebih tertarik untuk menjadi juru- latih England.
Segala-galanya bermula selepas Steve McClaren dipecat selaku jurulatih skuad Three Lions sebelum kekosongan tersebut diisi oleh Fabio Capello.
"Saya hampir menandatangani kontrak bagi membimbing England, namun pada saat-saat akhir saya mula berfikir.
"Saya bakal menjadi jurulatih buat pasukan kebangsaan yang mana hanya akan beraksi dalam satu perlawanan untuk tempoh sebulan dan selebihnya saya hanya akan menghabiskan waktu saya di dalam pejabat ataupun menyaksikan perlawanan.
"Tidak cukup dengan itu, saya ter- paksa menunggu sehingga musim panas bagi menyertai aksi kelaya- kan Euro ataupun Piala Dunia. Tidak, itu bukan saya.
"Akhirnya saya memutuskan untuk menunggu tawaran daripada kelab yang mampu memberikan cabaran kepada saya agar dapat menyuntik semangat saya," jelas Mourinho lagi. - AFP

(Sumber: http://www.kosmo.com.my/)