Akhirnya Arsenal tandatangani pertahanan baru

Thursday, April 7, 2011
Arsenal telah membuat satu perjanjian untuk membawa masuk pemain pertahanan Charlton Athletic, Carl Jenkinson.


Menurut laporan dari Sportsmail, the Gunners telah mengeluarkan belanja sebanyak £2million untuk pemain tersebut, selepas mengetepikan persaingan dari Manchester United, Chelsea, Fulham dan West Ham.



Kontrak pemain tersebut akan tamat pada musim panas dan telah menolak untuk perjanjian baru daripada terus berada di Valley, dan dengan itu Arsene Wenger telah memutuskan untuk membelanjakan wang tunai untuk satu pakej pampasan kepada Charlton untuk mengelak terlibat dalam perang bidaan andai dia menjadi pemain free agent pada akhir musim nanti.

Pemain berusia 19 tahun ini telah bermain untuk England pada peringkat belia, tetapi dia juga telah terlibat dalam mewakili Finland bawah-21, yang mana dia layak mewakilinya kerana melalui ibunya.

Gunners juga dalam kesibukkan untuk memperluaskan rangkaian pencarian mereka, dengan Phil Parkinson telah ditugaskan Arsenal untuk memegang peranan dalam mencari bakat di Utara England untuk Gunners.

Lelaki berumur 43 tahun itu telah tidak terlibat dalam apa-apa perlawanan sejak disingkirkan daripada tugas sebagai pengurus Charlton pada Januari, dan kemasukkan Jenkinson turut dipengaruhi oleh Parkinson.

Bagaimanapun, bekas pemain Reading itu masih mempunyai perancangan untuk kembali dalam pengurusan, dan mungkin terdapat satu perjanjian yang akan memastikan untuk Parkinson meninggalkan peranan pencarian apabila dia ditawarkan tugas berbeza dalam mengemudi sesebuah kelab kelak.



(Sumber: http://www.espnstar.com/)

2 Komen:

  1. zizie said...:

    KO TGK WENGER SUKE SGT BUDAK2 TADIKA DARI PEMAIN BERPENGALAMAN..,,KO JGN CKP ARSENAL TAK ADE DUIT PULAK..,,ADOYAI..,,COME ON..,,KENE BELI PEMAIN2 YG ADE KUALITI SIKIT..,,AISEH..,,ARSENAL KENE ADE KEWANGAN YG KUKUH BAI KLU CAM NI SAMPAI BILE2 ARSENAL TAK DE JUARA..,,

    LIHAT CHELSEA DAN MU BAI..,,DAH 6 TAHUN TAK JUARA APE2,,...

  1. ntah la yer, kdang2 aku rasa nak gak tengok player2 besar masuk dlm Arsenal...tp mgkin sejak dlu lg bukan tradisi Arsenal terlibat dlm bidaan besar2 gini...dorg cm lebih berminat utk ambil player mentah tp berbakat...sampai bila aku pn x tahu...