Gervinho gagal rayuan gantung perlawanan

Wednesday, August 17, 2011

LONDON - Penyerang Arsenal, Gervinho gagal dalam rayuannya untuk mengelak daripada digantung tiga perlawanan kerana bergaduh dengan pemain Newcastle, Joey Barton pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, hujung minggu lepas.

Gervinho dilayangkan kad merah kerana menampar Barton, kerana menuduh penyerang Ivory Coast itu sengaja menjatuhkan dirinya untuk mendapatkan sepakan penalti.

Arsenal menyifatkan penggantungan tiga perlawanan itu keterlaluan, namun Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak (FA), semalam mengesahkan penggantungan tersebut akan dilaksanakan.

"Pemain Arsenal, Gervinho digantung tiga perlawanan kerana melakukan kekasaran yang disahkan hari ini (semalam).

"Pemain itu diarah keluar padang ketika pertemuan antara Arsenal dan Newcastle di St James Park, Sabtu lalu.

"Arsenal mendakwa hukuman standard penggantungan tiga perlawanan adalah keterlaluan.

"Jawatankuasa yang mendengar rayuan hari ini (semalam) menolak permohonan tersebut dan ini bermakna pemain tersebut mesti menjalani hukuman penggantungan tiga perlawanan yang berkuat kuasa hari ini," jelas FA dalam kenyataan kepada media. - AFP


(Sumber: http://www.utusan.com.my/)