Fabregas & Nasri akan sertai foto pasukan Arsenal 2011/12

Thursday, August 4, 2011
Pihak pengurusan Arsenal meminta Cesc Fabregas dan Samir Nasri mengikuti sesi foto rasmi kelab untuk musim 2011/12, kerana masih merupakan pemain Arsenal.


Oleh Tegar Paramartha

Arsenal dilaporkan akan menyertakan Samir Nasri dan Cesc Fabregas dalam foto pasukan mereka untuk musim 2011/12.

The Sun melaporkan bahawa pihak pengurusan Arsenal akan meminta kedua-dua pemain tersebut untuk mengikuti sesi foto rasmi kelab dalam waktu terdekat.

Seperti yang diketahui, kedua-dua pemain handalan Arsenal tersebut telash diberitakan akan keluar dari kelab pada pasaran perpindahan musim panas ini, tetapi pihak pengurusan Arsenal tetap meminta kedua pemain tersebut untuk bersikap sebagai pemain Arsenal selagi belum ada kepurusan diambil mengenai perkara tersebut.

Beberapa kelab yang mempunyai situasi serupa akan melakukan foto sebanyak dua kali, kali pertama bersama pemain yang dijangka akan keluar dan dan yang kedua adalah gambar tanpa pemain tersebut.

Namun begitu Fabregas dan Nasri, telah diberitahu bahawa selagi mereka masih berada di Emirates maka mereka hpatut berada di dalam foto rasmi.


(Sumber: http://www.goal.com/)