Neil Warnock pernah sarankan Wenger untuk dapatkan Phil Jagielka

Sunday, August 21, 2011
Neil Warnock pernah menyarankan Arsene Wenger agar membawa masuk Phil Jagielka pada tahun 2007


Oleh Tegar Paramartha

Jurulatih Queens Park Rangers Neil Warnock mengatakan bahawa dia mampu membuatkan Arsene Wenger berjimat jutaan Euro, jika jurulatih berasal dari Perancis tersebut mendengar nasihatnya berkaitan Phil Jagielka.

Neil Warnock mengaku merasakan seperti diulit kenangan ketika bertemu dengan Jagielka dalam perlawanan di antara QPR dengan Everton. Dia menyatakan bahawa dia pernah menyarankan agar Wenger membawa masuk Jagielka beberapa tahun lepas.

"Sungguh menggembirakan dapat bertemu dengan Phil Jagielka. Seperti baru sahaja saya memantaunya dalam pasukan junior Sheffield United dan berpikir 'adakah dia seorang pertahanan kanan, pertahanan tengah, atau pemain tengah? Saya tidak tahu.' Yang saya tahu, apapun kerjayanya, seperti dalam permainan golf atau di mana sekali pun, dia adalah seorang yang berbakat, dia akan menjadi salah seorang yang terbaik," ujar Warnock kepada the Independent.

"Saya rasa pernah memberitahu Arsene Wenger bahawa jika kami turun ke liga bawah maka dia harus mengambil Phil. Saya rasa saya juga menyebut Paddy Kenny. Akhirnya kami benar-benar diturunkan, tetapi Phil keluar ke Everton dan Paddy kekal di Bramall Lane. Jadi, sungguh menarik bila mendengar khabar Arsenal yang bersedia untuk mengeluarkan dana £10 juta untuk Jagielka."


(Sumber: http://www.goal.com/)