Real Madrid siapkan tawaran untuk Robin van Persie

Sunday, July 17, 2011
Van Persie menjadi salah seorang pemain sasaran Madrid untuk memperkuat barisan hadapan.


Oleh Henry AA

Posisi penyerang menjadi salah satu perhatian utama bagi jurulatih Jose Mourinho. Beberapa pemain menjadi sasarannya, seperti Neymar dan Emmanuel Adebayor.

Khabar dari CaughtOffside menyatakan bahawa Madrid turut menyasarkan Van Persie. Situasi yang sedang tidak menentu di Arsenal seperti masalah perpindahan Cesc Fabregas dan Samir Nasri, kini dimanfaatkan Madrid untuk berusaha merebut penyerang berasal dari Belanda itu.

Walaupun kerap mengalami kecederaan, Van Persie masih merupakan pemain paling produktif di Emirates. Pada musim lepas misalnya, dia sempat beberapa kali tidak hadir kerana mengalami kecederaan namun mampu mencetak 22 gol dalam 26 perlawaan.

Untuk membawa Van Persie sudah pasti bukan perkara yang mudah. Nilai perpindahannya dianggarkan sebanyak £30 juta. Arsene Wenger juga tidak berminat untuk melepasnya dan bertekad mempertahankan para pemain bintangnya.

Van Persie tersenarai sebagai salah seorang pemain paling senior yang telah memperkasakan Arsenal sejak tahun 2004. Walaupun agak berat, namun tidak mustahil andai dia melakukan perpindahan kerana keinginan meraih banyak gelaran. Satu-satunya gelaran yang diperolehnya bersama skuad the Gunners adalah pada Piala FA dalam tahun 2005.


(Sumber: http://www.goal.com/)