Demi Fabregas, Barcelona gugur 6 pemain

Tuesday, March 29, 2011
Sandro Rosell sanggup gugurkan beberapa pemain demi menambah dana yang diperlukan untuk mengembalikan Cesc Fabregas ke Barcelona.

Oleh Dede Sugita

Sandro Rosell sanggup melepaskan beberapa pemain Barcelona demi menambah dana yang diperlukan untuk memperoleh pemain tambatan Arsenal, Cesc Fabregas.

Pada awal minggu ini, presiden Barca itu mengaku bahwa satu-satunya cara untuk mengembalikan ketua pasukan kelab Utara London itu ke Camp Nou adalah dengan melakukan penjualan besar-besaran di musim panas nanti.

AS mengkhabarkan bahawa Rosell telah menyenaraikan beberapa pemain yang dijangkakan tidak akan mengganggu keseimbangan pasukan jika dilepaskan.

Antara enam nama yang termasuk dalam senarai itu di antaranya adalah Seydou Keita, Adriano, Maxwell, Gabi Milito, Jeffren Suarez dan Ibrahim Afellay.

Pemain yang terakhir dalam senarai tersebut menarik minat pengurus Arsenal, Arsene Wenger, dan berkemungkinan besar akan digunakan sebagai pertukaran untuk tawaran bersama Fabregas.




(http://www.goal.com/)

4 Komen:

  1. erm... ibrahim afellay...
    talent player.. mampu bergandingan dengan RVP

  1. bgus gak ambik ibrahim afellay dan keita....dua2 bleh thn..

  1. tp...impak cesc sgt besar dlm pasukan..

  1. betul juga sbb dia mcm tulang belakang Arsenal buat masa ini. walaupun gtu, game bru2 ni x nmpk sngt impak dia...dia cm x gembira, mgkin jika dia berhijrah boleh gembirakan dia...