Kajian: Messi impian setiap pengurus kelab Inggeris

Friday, April 1, 2011
Bintang Barcelona itu menjadi impian hampir setiap pengurus yang berkerjaya di dalam Liga Inggeris, hasil bancian yang dikelolakan oleh Liga Perdana Barclays.
Oleh M Yanuar F

Liga Perdana Barclays dan Persatuan Pengurus Liga telah mengadakan kajian kecil dengan mendapat suara 15 daripada 20 pengurus yang bertugas dalam Liga Perdana Inggeris, dan keputusan bancian menunjukkan beberapa keputusan yang mengejutkan.

Untuk pemain yang paling diinginkan oleh pengurus di dalam Liga Inggeris contohnya, mereka menginginkan Lionel Messi. Bintang Barcelona itu dipilih oleh 46 peratus pemilik suara. Selain Messi, ada juga diantara mereka menyebut nama-nama pemain seperti Wayne Rooney, Cesc Fabregas dan Nemanja Vidic. Ketiga-tiga mereka mendapat kutipan jumlah suara yang sama, iaitu 14 peratus.

Untuk pemain baru musim panas terbaik, 80 peratus pemilik suara sepakat bahwa Rafael Van Der Vaart adalah pemain tersebut. Tottenham Hotspur dikatakan beruntung memiliki pemain Belanda tersebut yang dibeli dari Real Madrid dengan harga 8 juta poundsterling, yang kini sudah menjadi penjaring gol terbanyak bagi pasukannya dengan 12 gol.

Sementara untuk pemain muda Inggeris paling impresif, Jack Wilshere mendapat suara teramai, disusul Andy Carroll, Danny Welbeck dan Phil Jones.

Kelab yang menjadi pilihan untuk menjuarai gelaran musim ini, Manchester United menduduki tempat teratas dengan 80 peratus pemilik suara. Sedangkan Sir Alex ferguson disebut sebagai pengurus terbaik sepanjang masa, diikuti dengan Jock Stein, Bob Paisley dan Jose Mourinho. Ryan Giggs juga mendapat suara majoriti sebagai pemain terbaik sepanjang masa, diikuti dengan Eric Cantona, Alan Shearer, Thierry Henry dan Steven Gerrard.

Selain itu Blackpool mendapat perhatian majoriti pengurus sebagai pasukan dengan penampilan paling mengejutkan pada musim ini.

1 Komen:

  1. Anonymous said...:

    mne petantih yg bernama wenger..,,tarak dlm senarai ke..,,