Arsenal kehilangan Abou Diaby 10 minggu

Monday, August 1, 2011
Arsene Wenger terpukul dengan ketiadaan Diaby.


Oleh Henry AA

Pada akhir musim lalu Diaby telah mengalami kecederaan yang membuatkannya tidak mampu beraksi pada perlawanan-perlawanan terakhir Arsenal. Kecederaan tersebut ternyata masih belum reda.

Pemain yang berasal dari Perancis itu akan menjalani pembedahan tumit kaki dan tidak dapat mengikuti jelajah pra-musim ke Asia dan Jerman. Diaby dijangka akan direhatkan selama lebih kurang sepuluh minggu.

"Abou harus menjalani pembedahan tumit kerana kecederaannya masih belum pulih. Pembedahan itu berjalan dengan baik dan lancar, tetapi dia harus berehat sekurang-kurangnya selama sepuluh minggu. Ini merupakan satu tamparan yang cukup besar bagi kami," terang Wenger melalui laman rasmi kelab.

Diaby bererti tidak akan beraksi sehingga September akan datang dan tidak akan diturunkan dalam perlawanan menentang Newcastle, Liverpool dan Manchester United serta perlawanan play-off untuk Liga Juara-juara.

Ini merupakan halangan dan ujian bagi Wenger yang kekurangan pemain di bahagian tengah selepas keluarnya Denilson ke Sao Paolo dan rancangab Cesc Fabregas yang akan berhijrah ke Barcelona.


(Sumber: http://www.goal.com/)