Andrey Arshavin promosikan junior

Monday, August 1, 2011
Pemain Arsenal Andrey Arshavin ajukan nama pemain muda Rusia yang layak bermain bersamanya di liga Inggeris.


Oleh Taufik Bagus

Arsenal sedang mencari pemain baru dan Andrey Arshavin membantu kelabnya dengan mengajukan nama Alan Dzagoev, pemain berusia 21 tahun yang bermian untuk CSKA Moscow.

Menurut Arshavin, Dzagoev merupakan pemain muda terbaik di Rusia pada waktu ini.

"Saya berpendapat sedemikian dan dia memang pemain muda paling berbakat di Rusia," kata Arshavin kepada Sovsport.ru, Jumaat (29/7).

"Saya berharap agar dia mampu lebih berkembang sebagai seorang pemain dan dia akan menjadi pemain kunci untuk pasukan kebangsaan."

Dzagoev juga menjadi pemain termuda yang pernah menyertai pasukan kebangsaan Rusia dalam kancah antarabangsa. Penampilannya bermula pada tahun 2008 semasa usianya mencecah 18 tahun.

Real Madrid sebelum ini dikhabarkan hendak membawanya ke Santiago Bernabeu dan Chelsea juga cuba melakukan langkah yang sama. Namun setakat ini Dzagoev masih kekal di CSKA Moscow.


(Sumber: http://www.goal.com/)