Red Bulls juara Piala Emirates

Thursday, August 4, 2011
Thierry Henry berjaya membawa Red Bulls menjadi juara meskipun terpaksa menyingkirkan kelab lamanya.


Oleh Ivena Kasatyo

Thierry Henry menjadi mimpi buruk bagi kelab yang memperkenalkannya, Arsenal. Henry yang mendapat sambutan hangat dari peminat Arsenal telah menggagalkan misi kelab lamanya untuk melakukan hat-trick untuk memenangi Piala Emirates.

Pada perlawanan terakhir di Emirates, Red Bulls berjaya mengikat Arsenal 1-1. Keputusan itu menjadikan Red Bulls menduduki tangga teratas dalam keputusan akhir dan muncul sebagai juara.

Kejayaan Red Bulls sememangnya tidak dijangka. Sebagai sebuah pasukan dari MLS, mereka dijangkakan akan tewas untuk bersaing bersama Arsenal, PSG dan Boca Juniors. Namun, Red Bulls tidak pernah mengalah dan akhirnya muncul sebagai juara.

Sementara itu, kegagalan dalam Piala Emirates Cup menunjukkan bahawa Arsenal masih memerlukan perubahan, terutama di bahagian pertahanan, sebelum menghadapi kejohanan dalam Liga Perdana Inggeris. Walaupun lebih dahulu mengausai, the Gunners kembali mengulangi kesalahan dan kesilapan di babak akhir perlawanan.

Gol Arsenal dihasilkan oleh Robin van Persie pada miit ke-42. Gol itu tercipta melalui sentuhan Van Persie yang meneruskan hasil daripada tendangan bebas Tomas Rosicky yang gagal diselamatkan oleh Frank Rost.

Namun Arsenal kembali mengulangi kesilapan sebagaimana semasa diikat oleh Boca Juniors 2-2. Namun pada kali ini, gol Kyle Bartley menggagalkan kemenangan tuan rumah. Ironisnya, gol itu dihasilkan enam minit sebelum perlawanan berakhir.

Gol itu terhasil daripada gerakan Henry yang melakukan hantaran bola kepada Roy Miller yang muncul dari belakang. Miller membawa bola dan melepaskan umpan silang pendek. Bartley berupaya menahan kelajuan bola namun bola tersebut meluncur ke gawang sendiri.

Keputusan berakhir 1-1 dan Arsenal gagal di hadapan para penyokongnya. Akhirnya pasukan Arsene Wenger dicemuh oleh penyokong mereka sendiri. Ini disebabkan oleh penampilan pasukan yang amat mengecewakan.


(Sumber: http://www.goal.com/)