AS Roma pantau Marouane Chamakh

Friday, August 5, 2011
AS Roma menganggap Marouane Chamakh ideal untuk menggantikan peranan Mirko Vucinic yang dilepaskan ke Juventus.


Oleh Tegar Paramartha

Kelab Serie A Italy, AS Roma dilaporkan akan cuba untuk mendapatkan penyerang Arsenal Marouane Camakh pada pasaran perpindahan musim panas ini.

Skuad asuhan Luis Enrique tersebut melihat Chamakh sebagai pengganti ideal Mirko Vucinic yang telah mereka lepaskan ke Juventus.

Pengarah sukan AS Roma Walter Sabatini dikhabarkan bahawa sering mengunjungi kota London dan dia juga meminta Enrique untuk segera melakukan perbincangan bersama Arsenal berkaitan dengan minat mereka terhadap Chamakh.

Sementara itu, Roma mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Maghribi tersebut, karena Chamakh berniat untuk terus kekal di Emirates walaupun peluang bermainnya tipis selepas kehadiran Gervinho.


(Sumber: http://www.goal.com/)