Barcelona minta Fabregas bantu bayar belanja perpindahan

Thursday, August 4, 2011
Mungkinkah Cecs Fabregas sedia berkorban untuk mencapai impiannya kembali ke Barcelona?

Oleh Aditya Ramadhan

Sandro Rosell, presiden Barcelona, gagal memujuk Arsenal untuk menurunkan bayaran perpindahan Cesc Fabregas. Mereka kini tidak mempunyai dana lagi dan terpaksa meminta ketua pasukan Arsenal itu untuk membiayai sebahagian bayaran perpindahannya.

Barcelona meningkatkan tawaran sehingga £36 juta. Arsenal bertekad hanya akan melepas Fabregas dengan harga £40 juta, tunai. Ia masih kekurangan £4 juta

The Mirror melaporkan bahawa Rosell telah menghubungi Fabregas dan memberitahu akan situasi tersebut. Tidak diketahui samada Fabregas bersedia untuk melakukannya atau tidak.

Apa yang pasti, Barcelona tidak mempunyai dana lagi dan sudah tidak ada lagi pemain yang boleh dijual. Jon Toral dan Hector Bellerin, dua pemain muda Barcelona yang berpeluang untuk dijadikan pakej tawaran perpindahan untuk mendapatkan Fabregas, kini telah berhijrah dari Barca ke Arsenal.

Jika Fabregas bersedia berkorban untuk mencapai impiannya kembali ke Campu Nou, dia pasti bersedia membayar baki dana perpindahan tersebut.


(Sumber: http://www.goal.com/)