Pertembungan maruah

Friday, August 5, 2011

LONDON – Pertembungan Perisai Komuniti di antara Manchester United dan Manchester City di Wembley pada Ahad ini sekali lagi bakal menjadi pentas untuk memperlihatkan sama ada kedua-dua kelab itu kini memiliki kekuatan seimbang.

United telah beraksi pada aksi pembuka tirai musim baharu itu sebanyak 18 kali sepanjang tempoh City kali terakhir membuat kemunculan pada perlawanan sumbangsih itu pada tahun 1973.

Namun City kini telah berubah wajah dengan memiliki dana kewangan yang kukuh bersama pemilik baharu mereka dan ia telah membuahkan hasil apabila kelab itu berjaya menjuarai Piala FA pada Mei lalu.

Tatkala United meraih kejuaraan Liga Perdana England buat kali ke-19 pada musim lalu, kejayaan City merangkul trofi pertama selepas 35 tahun membayangkan bahawa mereka mampu memintas kedudukan United musim ini.

Musim lalu, City menduduki tangga ketiga liga dan berjaya menewas- kan United pada separuh akhir Piala FA di Wembley.

Kini mereka bertambah mantap apabila diperkuat dengan kehadiran penyerang Argentina, Sergio Aguero (Atletico Madrid), pemain bek kiri, Gael Clichy dari Arsenal serta pemain bek tengah, Stefan Savic.

Lantas pengurus United, Alex Ferguson menganggap City kini bersama-sama Chelsea bakal menjadi pencabar utama pasukannya pada saingan musim ini.

“Saya menjangkakan lebih banyak pembelian pemain baru. Tetapi Chelsea nampaknya tidak begitu sibuk kecuali mendapatkan seorang pengurus baharu yang pasti memerlu- kan masa untuk menyesuaikan diri dengan skuadnya.

“Apa pun kami menjangkakan cabaran hebat bakal diberi oleh kedua- dua kelab ini,” kata Ferguson.

Pengurus veteran itu kini perlu memilih sama ada menurunkan David de Gea atau Anders Lindergaard sebagai penjaga gawang baharu setelah persaraan Edwin van der Sar serta menimbang untuk menurunkan pemain pertahanan baru, Phil Jones serta pemain sayap, Ashley Young.

“Kami mula mengenal pasti kelibat Jones ketika dia beraksi untuk skuad remaja Blackburn menentang pasukan remaja kami beberapa tahun lalu apabila kami tewas 0-3. Jones ternyata cukup hebat.

“Young pula boleh beraksi lebih satu posisi. Tetapi untuk permulaan ini, saya akan meletakkannya seba- gai pemain sayap kiri,” jelas Fergu- son.

Sementara itu, City pula menunjukkan persembahan membanggakan ketika menewaskan Inter Milan 3-0 biarpun turun tanpa Aguero dan Carlos Tevez.

“Kami mengharungi aksi pramusim tanpa sebarang persembahan buruk. Jadi kami kini akan turun de- ngan penuh keyakinan.

“Kami akan meningkatkan tahap permainan pada aksi di Wembley nanti,” kata pemain pertahanan City, Vincent Kompany. – AP


(Sumber: http://www.kosmo.com.my/)