Kecederaan buku lali Jack Wilshere tak serius

Thursday, August 4, 2011
Pemain berusia 19 tahun itu mengaku buku lalinya hanya alami bengkak biasa.


Oleh Dede Sugita

Perlawanan Piala Emirates di antara Arsenal dan New York Red Bulls baru menjejaki minit ke tujuh, tetapi Jack Wilshere telah berjalan terhenjut-henjut keluar padang untuk digantikan oleh Benik Afobe.

Pemain berbakat berusia 19 tahun itu rupa-rupanya mengalami kecederaan buku lali. Keadaan ini telah membawa rasa kuathir kepada skuad  the Gunners serta pasukan kebangsaan Inggeris kerana akan berehat panjang.

Namun, selepas menyusul keluarnya hasil pemeriksaan yang dilakukan, Wilshere telah berjaya memadam kegelisahan pasukannya dan menegaskan bahawa kecederaan yang dialaminya tidak serius.

“Imbasan pada buku lali saya hanya menunjukkan sedikit pembengkakan. Semoga bengkak itu akan segera pulih dalam beberapa hari,” tulis Wilshere dalam akaun Twitternya.


(Sumber: http://www.goal.com/)