Matsuda mati sakit jantung

Friday, August 5, 2011

TOKYO: Bekas pemain pertahanan Jepun, Naoki Matsuda meninggal dunia di hospital akibat serangan jantung, dua hari selepas jatuh ketika sesi latihan. Dia berusia 34 tahun.

Matsuda, yang membuat 40 penampilan bersama Jepun dan turut menyarung jersi negaranya ketika Piala Dunia 2002, diberi alat bantuan pernafasan di hospital selepas tidak sedarkan diri sejak Selasa lalu.

Presiden JFL (pasukan divisyen ketiga) Hiroshi Otsuki bagi pihak pasukan Matsumoto Yamaga memaklumkan kepada media Jepun bahawa kematian pemain itu sudah dimaklumkan kepada keluarganya.

“Ia sesuatu yang dahsyat apabila melihat seseorang meninggal dunia pada usia muda,” kata bekas jurulatih Jepun, Philippe Troussier yang memberi kepercayaan kepada Matsuda membuat penampilan antarabangsa pertama.

“Perkara itu sangat mengejutkan. Dia seorang pemain yang hebat dan kami sangat rapat. Saya kini sedang memikirkan mengenai keluarganya.” - Reuters


(Sumber: http://www.hmetro.com.my/)